Paparkan system info dengan Conky

Conky merupakan sebuah program kecil yang dapat memaparkan maklumat sistem Ubuntu anda seperti kernel version, space hard disk, memory usage dan sebagainya di atas desktop. Kelebihan Conky adalah, selain ia dapat memaparkan system info Ubuntu kita, kita juga dapat mengubah suai paparan Conky ini mengikut cita rasa kita sendiri. Pelbagai settings dan variables yang boleh anda gunakan. Sekiranya anda mahu, anda juga boleh merekabentuk paparan Conky anda sendiri.

Image di bawah merupakan contoh Conky yang saya gunakan di Ubuntu saya.

conky.gif

Untuk menggunakan Conky, anda perlu menginstallnya terlebih dahulu. Buka Terminal dan runkan command di bawah ini.

sudo apt-get install conky

Biarkan Ubuntu mendownload file-file yang diperlukan dan ia akan install Conky ke dalam Ubuntu anda. Setelah itu, anda boleh menggunakan sample Conky config file untuk mencuba Conky anda. Di Terminal, runkan command ini.

zcat /usr/share/doc/conky/examples/conkyrc.sample.gz > ~/.conkyrc

Ianya akan extract file conkyrc ke Home Folder (/home/username/) anda. Untuk run Conky, anda tekan Alt+F2 dan taipkan “conky” (tanpa quote), kemudian Run.

Sekiranya anda ingin menggunakan interface yang lain, anda boleh dapatkan ia di Gnome Look. Search perkataan Conky dan anda akan dapat pelbagai config file yang boleh anda download.

Sebagai contoh, config file yang saya gunakan adalah didownload dari page ini. Dan sudah semestinya saya sudah edit file config tersebut mengikut kehendak saya. ;) Setelah anda download, extract file conkyrc ke /home/username/ dan renamekan ia supaya menjadi begini .conkyrc (/home/username/.conkyrc).

Sekiranya anda ingin mengubahsuai file config tersebut, pergi ke Home Folder (/home/username) anda, dan buka file .conkyrc menggunakan Text Editor. Perlu diingatkan bahawa file .conkyrc itu file hidden. Oleh itu, pastikan anda enable Show Hidden Files (Ctrl+H) terlebih dahulu. Kemudian, ubahlah file config tersebut mengikut kesukaan anda.

Untuk mengubah file config tersebut, anda boleh rujuk page Conky config settings dan page Conky variables.

Tips Tambahan

Untuk memulakan Conky bila setiap kali anda start Ubuntu, pergi ke System > Preferences > Sessions. Click Add dan penuhkan maklumat yang dikehendaki seperti berikut.

Name: Conky
Command: conky
Comment: Run Conky on startup

Dengan ini, Conky akan run secara automatik bila saja anda boot up Ubuntu. Mudah kan? :D

Sekiranya anda ada membuat file config Conky anda sendiri, apa kata anda kongsikan bersama kami di sini. Boleh kita ramai-ramai usha variables apa yang anda gunakan untuk Conky anda itu. ;))

19 Komen untuk “Paparkan system info dengan Conky”

  1. melayubuntu January 7th, 2008 7:37 pm

    perhhh…2 gig siot ram ko…
    aku rasa ko bleh run smua perisian yg ada dlm ubuntu 2 dalam satu masa tanpa masalah…hahaha
    btw, aku xpnah try conky nih…bleh cuba nih…hehe

  2. Fauzi January 7th, 2008 7:40 pm

    Erks! Tu baru je upgrade RAM bulan 12 hari tu. Saje ngada2 dah alang2 beli hard disk baru, terus sebat 1Gb lagi. Hu3.

  3. khairul January 7th, 2008 8:15 pm

    bagus2..
    kiranya macam system properties la leh tengok apa isi perut ubuntu..

    aku sebenarnya nak tau fasal Google + Ubuntu = gOS..
    tadi mase usha2 blog member dari mybloglog recent visit terpandang satu topik tu.. Google + Ubuntu = gOS..serba hijau je tema dia..gOS=GoogleOS?

  4. Fauzi January 7th, 2008 8:26 pm

    Tak pasti samada ianya Google OS atau pun Green OS. Ada banyak nama yang diberikan. Tapi tak pasti yang mana satu betul. Hu3.

  5. MakLaN January 7th, 2008 8:57 pm

    menatang ni disediakan secara default dalam TinyMe (erk, yekeW? ataupun yg tu cap laEn? hehe)

  6. gie January 7th, 2008 11:08 pm

    hutak laa…main ape kat ubuntu tu sampai memerlukan 2.5GB ram…hahaha…gilak la bro…aku mau cuba bende ni…

  7. gie January 7th, 2008 11:09 pm

    aduhai…silap taip laa…2.5g hahaha

  8. gie January 7th, 2008 11:14 pm

    aku dah pakai…hahaha

  9. Aizat January 8th, 2008 6:54 am

    Wah power pc.. aku try gune menda nie..

  10. Fauzi January 8th, 2008 9:12 am

    #MakLan – Ye ke bro? Tak pasti la pulak. Tapi rasa2 lain. Bukan bende yang sama.

    #gie – Hak3. Yang tu gune untuk Windows la. Tapi dah dalam satu PC yang sama kan… Takkan nak buang pulak bile nak masuk dalam Ubuntu. Ish3.

    #Aizat – Sila, sila. Jangan tak try. Best wo time nak edit-edit file die.

  11. gie January 9th, 2008 9:02 am

    aku kehilangan ubuntu aku…grub loader aku ilang…(bukan sebab ni) …ade jalan nak kembalikan grub loader aku….sob sob…

  12. Fauzi January 10th, 2008 1:42 am

    If tak silap, boleh betulkan grub loader tu melalui live cd. Boot dengan guna Ubuntu live cd, then buka Terminal dan taip command ni:

    sudo grub
    find /boot/grub/stage1
    root (hdx,y)
    setup (hdx)
    quit

    Kemudian restart…

    Pada line #2, akan dapat nilai seperti (hdx,y), eg: (hd0,5). Gunakan nilai tersebut untuk command line yang berikutnya.

  13. Faiz January 24th, 2008 12:41 pm

    Hi semua saya dah try intsall ubuntu malam tadi, tapi version 7.04 itu pun dapat free dari canocial. Saya dah instal conky nie tapi ada satu masalah kenapa dia tak jadi transparent macam gambar desktop diatas. Saya nak jadikkan ianya transparent ala2 webshot wallpaper. Apa yang saya hadapi conky itu berinterface seperti software GUI ade tetingkap X. Harap saudara2 yang budiman sekalian boleh membantu.

  14. Fauzi January 24th, 2008 1:45 pm

    Kene check dulu die punye file config die. Make sure yang transparent tu true.

  15. madulebah May 10th, 2008 7:52 am

    E: Could not get lock /var/lib/dpkg/lock – open (11 Resource temporarily unavailable)
    E: Unable to lock the administration directory (/var/lib/dpkg/), is another process using it?

    sy nak install tapi dia kuar cam tu nak wat cam ne tu…i newbie..

  16. Kava May 11th, 2008 6:40 pm

    masalah sama yg dihadapi spt madu lebah.
    tetapi saya dah masuk ke akaun root…
    masalah dia tunjuk macam ni..

    Reading package lists… Done
    Building dependency tree
    Reading state information… Done
    E: Couldn’t find package conky

  17. Fauzi June 6th, 2008 8:02 pm

    #madulebah – Masalah itu terjadi disebabkan ada file lock di dalam folder /var/lib/dpkg/. Awak kena buang terlebih dahulu file itu. Ataupun, terdapat lebih daripada satu package manager yang sedang digunakan. Tutup terlebih dahulu package manager tersebut.

    #Kava – Sudahkah awak enable all sources?

  18. peja April 12th, 2009 10:09 pm

    x bleh nak install.
    xtahu camne nk run tar.bz2
    bile run sudo apt…. kt terminal die kluar camnie.,
    E:couldn’t find package.
    ee.. ssah btul nk run program kt ubuntu
    knape la die x buat cam window snang..
    run je .exe trus jalan.

  19. syam April 4th, 2010 10:44 am

    sapa yang boleh tunjuk saya macm mana nak buka lock computer….lupa kod sya la….plss

Tinggalkan Komen Anda