Menaiktaraf Ubuntu dengan menggunakan Alternate CD

Sudah 3 bulan Ubuntu melancarkan versinya yang terbaru iaitu versi 8.10, Intrepid Ibex. Walaupun versi ini bukanlah versi LTS (Long Term Support), tetapi bagi pengguna Ubuntu tegar sudah pasti akan menaiktaraf sistem Ubuntu mereka sejurus sahaja versi baru keluar.

Disebabkan kelajuan Internet di rumah saya tidak laju dan stabil, saya tidak dapat menaiktaraf sistem Ubuntu saya secara online. Jadi, saya terpaksa menggunakan Alternate CD bagi membolehkan saya merasai kehebatan Ubuntu 8.10.

Bagi menaiktaraf Ubuntu dengan menggunakan Alternate CD, apa yang anda perlu lakukan adalah, memuat turun fail .iso Intrepid Ibex Alternate CD di sini. Setelah itu, anda perlu mount fail .iso tersebut ke sistem anda.

mount -o loop /lokasi-file-iso/ubuntu-8.10-alternate-i386.iso /media/cdrom0

Seperti yang anda lihat, saya tidak menggunakan CD-ROM. Apa yang saya lakukan adalah mount sahaja fail .iso tersebut ke sistem sebagai CD.

Setelah fail .iso tersebut berjaya dimountkan ke sistem anda, tekan Alt+F2 dan masukkan arahan berikut.

gksu "sh /cdrom/cdromupgrade"

Selepas itu, ikut arahan yang dipaparkan di skrin anda.

Proses ini mengambil masa lebih kurang 20 minit lebih untuk menaiktaraf sistem Ubuntu anda. Sekiranya segala langkah diambil dengan betul, Ubuntu anda akan dinaiktarafkan ke versi 8.10. Tahniah!

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web ini.

ps: Sekarang ini saya tengah mencari jalan penyelesaian untuk menggunakan driver ATI Radeon.

Post to Twitter Post to Delicious Post to Digg Post to Facebook Post to MySpace Post to Reddit Post to StumbleUpon

Satu Komen untuk “Menaiktaraf Ubuntu dengan menggunakan Alternate CD”

  1. Syafiq January 19th, 2009 6:13 pm

    Sy Syafiq,
    Pelajar Dari Empire Putra College,
    Ingin meminta Kit-kit Ubuntu Malaysia Secara Percuma (Jika ADa)
    atau Beli jika perlu.. Dimanakah boleh sy Dapat CD 8.10? Juga Panduan dalam Bahasa Melayu?

    Terima Kasih
    Balas di YM - Fixe_4, 0172098840,

Tinggalkan Komen Anda