Install font .pcf ke dalam Ubuntu 9.04 Jaunty Jackalope
Saya ada sebuah theme yang saya suka. Nama theme tersebut adalah Silent Night. Walaupun saya telah berjaya menginstall theme tersebut secara manual tetapi terdapat satu masalah yang perlu diselesaikan.
Theme tersebut memerlukan font cure.pcf dari artwiz-aleczapka. Cara untuk install font .pcf pula lain dari yang lain dan tidak sama seperti kita install font .ttf.
Berikut merupakan langkah yang saya ambil untuk install font .pcf ke dalam Ubuntu 9.04 (Jaunty Jackalope). Di dalam artikel ini saya menggunakan font pack dari Artwiz Aleczapka.
Nota: Gantikan <username> dengan username anda.
1. Pertama sekali, download font pack tersebut di sini, artwiz-aleczapka-en-1.3.tar.bz2
2. Kemudian, runkan command berikut,
mkdir ~/.fonts
mkfontdir ~/.fonts
sudo mv artwiz-aleczapka-en-1.3/ ~/.fonts
3. Selepas itu,
sudo cp xorg.conf xorg.conf_bak
sudo gedit xorg.conf
4. Di dalam file xorg.conf, tambahkan line ini di baris terakhir file dan save file tersebut.
FontPath "/home/<username>/.fonts/"
EndSection
5. Kemudian, taip,
sudo cp 70-no-bitmaps.conf 70-no-bitmaps.conf_bak
sudo rm 70-no-bitmaps.conf
sudo cp 51-local.conf 51-local.conf_bak
sudo gedit 51-local.conf
6. Di dalam file 51-local.conf, tambahkan line di bawah ini selepas <fontconfig> dan save.
7. Seterusnya, taip,
sudo dpkg-reconfigure fontconfig
sudo dpkg-reconfigure fontconfig-config
Jawab 3 soalan yang dikemukakan dengan jawapan ini:
- Native
- Automatic
- Yes
8. Dan akhir sekali, logout dan login semula untuk restart X.
Sekiranya anda mengikuti langkah-langkah yang saya kongsikan di sini, font Artwiz Aleczapka yang berformat .pcf telah pun berjaya diinstall ke dalam sistem Ubuntu 9.04 anda. Sekiranya tidak berjaya, sila ulang semula dan pastikan anda tidak tertinggal mana-mana langkah yang saya tunjukkan. Semoga berjaya!




lama x update
Sebab Ubuntu ada problem. Ni baru lepas upgrade. Sekarang dah boleh akses ke Ubuntu.