Edit Compiz Fusion dengan Advanced Desktop Effects Settings

Ubuntu mempunyai interface yang menarik. Saya sangat suka dengan effect Wobbly Windows. Apabila kita menggerakkan sesuatu window, akan ada effect seperti window itu lembut dan ia mengikut gerakan cursor kita. Ianya sangat menarik.

compizadvanced.gif

Secara default, kita tidak boleh mengawal effect-effect yang ada dalam Compiz Fusion. Untuk pengetahuan, Compiz Fusion merupakan compositing window manager yang menggunakan kad grafik kita untuk menghasilkan effect-effect yang menarik. Oleh itu, sekiranya anda ingin mengubah settings Compiz Fusion, anda perlu mendownload Compiz Config Settings Manager.

Buka Terminal dan runkan command di bawah ini.

sudo aptitude install compizconfig-settings-manager

Ubuntu akan mendownload file-file yang diperlukan dan akan install Compiz Config Settings Manager. Setelah installation selesai, akan ada Advanced Desktop Effects Settings di bahagian System > Preferences. Klik pada Advanced Desktop Effects Settings dan anda akan dipaparkan dengan window seperti rajah di atas.

Tetapi, perlu diingatkan bahawa anda perlu aktifkan Extra effects di bahagian Appearance terlebih dahulu. Pergi ke System > Preferences > Appearance. Kemudian klik pada Visual Effects tab dan pilih Extra. Anda juga boleh pilih Custom kalau anda mahu.

Setelah semuanya selesai, anda bolehlah mengubah setting Compiz Fusion mengikut kesukaan anda. Buka sahaja Advanced Desktop Effects Settings dan ubahlah segala setting mengikut kesukaan.

7 Komen untuk “Edit Compiz Fusion dengan Advanced Desktop Effects Settings”

  1. awqi_zar January 7th, 2008 12:47 am

    salam bro,
    camne nk setting internet yek?setting LAN lah..huhu..

  2. Syahid A. January 7th, 2008 3:40 pm

    Kalau tak silap ini lebih kurang macam Beryl. Kira desktop effects la ni yek?

  3. Fauzi January 7th, 2008 5:21 pm

    #awqi_zar - Erks! Tak tahu pulak saya macam mana nak setting LAN dalam Ubuntu. Sebab saya just guna Celcom Broadband je. Belum pernah lagi try setup LAN. :))

    #Syahid A. - Lebih kurang. Tapi dalam Gutsy Gibbon, Compiz telah dijadikan sebagai default. Lagipun kalau tak silap saya, Beryl telah digabungkan dengan Compiz dan dinamakan sebagai Compiz. :D

  4. agas February 11th, 2008 9:37 pm

    camner nak rotate cube, aku dah tik pada rotate cube tp bila bawak mouse kat tepi desktop hanya rotate biasa tak jadi kotak le. Apa salah nya?

  5. radical February 19th, 2008 10:51 pm

    tekan ctrl+alt dan klik left-mouse utk rotate cube

    tekan shift+F9 utk water effects

    tekan windows button+E utk activate expo

  6. Kava May 11th, 2008 6:44 pm

    adui. susahnye nak install..
    tak keluar pun program..
    sebab rasanya proses instalasi mcm x berjaya je..

    Reading package lists… Done
    Building dependency tree
    Reading state information… Done
    Reading extended state information
    Initializing package states… Done
    Building tag database… Done
    Couldn’t find any package whose name or description matched “compizconfig-settings-manager”
    Couldn’t find any package whose name or description matched “compizconfig-settings-manager”
    No packages will be installed, upgraded, or removed.
    0 packages upgraded, 0 newly installed, 0 to remove and 0 not upgraded.
    Need to get 0B of archives. After unpacking 0B will be used.
    Reading package lists… Done
    Building dependency tree
    Reading state information… Done
    Reading extended state information
    Initializing package states… Done
    Building tag database… Done

  7. Fauzi June 6th, 2008 8:06 pm

    Kalau tidak boleh juga, pergi ke Applications > Add/Remove. Di dalam kotak Search itu, taip “compiz” dan tick pada Advanced Desktop Effects Settings. Akhir sekali, Apply Changes. :)

Tinggalkan Komen Anda