Download update dan upgrade Ubuntu dengan laju

Selepas menginstall Ubuntu, anda perlu mendownload segala update dan upgrade yang diperlukan oleh Ubuntu anda. Untuk mendapatkan download rate yang tinggi, anda perlu pilih server yang berdekatan dengan tempat tinggal anda. Caranya tidaklah sukar.

Pergi ke System > Administration > Software Sources. Masukkan password anda dan anda akan dipaparkan dengan window ini.

apt-get-01

Pastikan semua pilihan telah dipilih. Tetapi saya tidak pilih untuk mendownload source code, jadi saya tinggalkan pilihan Source Code itu. Dan jangan pilih Installable from CD-ROM/DVD sebab kita akan mendownload software dari internet dan bukan dari CD-ROM/DVD.

Kemudian, klik pada drop-down button dekat Download from: dan pilih Other.

apt-get-02

Satu lagi window akan dipaparkan seperti di atas. Seperti yang saya katakan pada awal tadi, untuk mendapatkan download rate yang tinggi, kita perlu memilih server yang paling hampir dengan kita. Namun begitu, walaupun kita mempunyai mirror server Ubuntu di Malaysia, bandwidth yang diberikan adalah sedikit. Bandwidth yang sedikit akan menyebabkan speed download kita terhad. Oleh itu, kita perlu mendapatkan server yang terdekat dan memberikan download bandwitdh yang besar.

Untuk itu, anda klik pada Select Best Server. Ubuntu akan ping setiap server yang ada di dalam list server dan akan mencadangkan anda server yang patut anda gunakan. Ulang langkah ini sekurang-kurangnya dua kali untuk memastikan server yang dicadangkan itu benar-benar yang terbaik.

apt-get-03

Setelah server dipilih, klik Choose Server dan Close. Selepas ini, anda akan dapat lihat speed download yang tinggi. Sekiranya anda tidak berpuas hati dengan download rate anda, anda boleh ulang semula langkah ini.

Sekadar tambahan, pilihan server saya adalah tw.archive.ubuntu.com. ;)

12 Komen untuk “Download update dan upgrade Ubuntu dengan laju”

  1. [...] Fauzi wrote an interesting post today on Download update dan upgrade Ubuntu dengan lajuHere’s a quick excerptSelepas menginstall Ubuntu, anda perlu mendownload segala update dan upgrade yang diperlukan oleh Ubuntu anda. Untuk mendapatkan download rate yang tinggi, anda perlu pilih server yang berdekatan dengan tempat tinggal anda. … [...]

  2. gie January 4th, 2008 5:40 pm

    aku dah cuba,tapi selow gak..mau sehari nak update driver…hahaha

  3. Fauzi January 4th, 2008 6:05 pm

    Iks! Memang la slow. Tapi kire ok if download update dapat dalam 30kbps. Hu3.

  4. rasso January 5th, 2008 12:36 am

    Gie,

    Ko donlot dari server Indonesia.. situ laju sikit…

  5. Fauzi January 5th, 2008 10:23 am

    Server Indonesia laju eh? Tak pernah try pulak server kat Indonesia. Kalau kat Malaysia nih pernah try. Tapi slow sangat. Tu pasal amik yang dekat Taiwan tu. :D

  6. novatech January 7th, 2008 11:46 pm

    dalam banyak banyak server taiwan, mirror.nttu.edu.tw paling laju bagi aku. dgn wifiutm pun bleh cecah 100kb/s
    aku tak rekemankan sape sape guna sebab nanti tersumat jadi slow plak haha!

  7. Fauzi January 8th, 2008 9:15 am

    Pergh… Betul-betul laju neh. Ha3. Habis la… :D

  8. agas January 25th, 2008 7:30 pm

    tip untuk jangan paparkan drive/hd pada desktop cam ner ye.

  9. fr33mumia February 4th, 2008 10:24 pm

    perghh.. mmg laju ler server - server taiwan nih… mirror http://ftp.twaren.net wat masa nih paling laju utk aku .. lebih kurang 100 kb/s .. senyum jer aku tgk dia update :D

  10. Kava May 11th, 2008 6:06 pm

    oh… ini baru betul.. takde la download tu lama sangat… tq 4 da info..

  11. dukusiam June 10th, 2008 11:03 pm

    hi…

    Salam kenal untuk semua…………….

    Saya ada satu ( satu jer…. ) soklan nak nanye nis.

    ngape ekkk….. bile saya update ubuntu hardy, selepas “restart”

    gnome desktop saya “conflict” dengan debian @ kde.

    ( natah ape2 aje )Jadi biru laks…. . Lepas tu lembab tulll…….lah

    dan kuar plaks…..bende nih…….

    ” …….. gnome-daemon error…….dan bla…bla……lagis.

    Ngape ekk……jadi cam tus?

    Dah fenin kepala saya mikiornyess…stakat nis dah 10x format still cam

    tu gak. :(

  12. dukusiam June 10th, 2008 11:07 pm

    dan serang nis…..saya jadi “fobia” nak “update”………

    Kang karang kene format lagis……. Saya dah “off”kan sume bende2 yang

    berkaitan ngan “update”. Tak sanggup…berulang lagisss…..

Tinggalkan Komen Anda