Bagaimanakah mendapatkan versi Ubuntu anda?

Disebabkan sudah lama tidak menggunakan Ubuntu, saya terlupa Ubuntu yang saya pakai ini versi yang ke berapa. Kalau tidak silap saya, saya install Ubuntu ini pada bulan Ogos yang lalu. Jadi, berkemungkinan ianya adalah versi 10.04.

Tetapi untuk mendapatkan kepastiannya, saya memasukkan command ini ke dalam Terminal:

lsb_release -a

Maka terteralah maklumat yang saya inginkan seperti berikut:

Distributor ID: Ubuntu
Description: Ubuntu 10.04.2 LTS
Release: 10.04
Codename: lucid

Daripada output yang dikeluarkan, saya dapat mengetahui bahawa Ubuntu yang saya gunakan ini adalah versi 10.04 dengan codename Lucid.

Tetapi sekiranya anda ingin mendapatkan maklumat kernel Ubuntu yang anda sedang gunakan, anda hanya perlu memasukkan command ini ke dalam Terminal:

uname -a

Output yang anda akan terima kelihatan seperti ini:

Linux FMDUbuntu 2.6.32-29-generic #58-Ubuntu SMP Fri Feb 11 19:00:09 UTC 2011 i686 GNU/Linux

Daripada maklumat di atas kita dapat mengetahui kernel yang digunakan adalah 2.6.32-29-generic dan hostname bagi komputer tersebut adalah FMDUbuntu.

Selamat mencuba! :)

Post to Twitter Post to Delicious Post to Digg Post to Facebook Post to MySpace Post to Reddit Post to StumbleUpon

5 Komen untuk “Bagaimanakah mendapatkan versi Ubuntu anda?”

  1. unix_lurvekey March 6th, 2011 2:52 pm

    sy gne lam virtualbox..
    xbrani nk gne jd based os..
    im very2 newbie
    =)

    i do try the command n get....

    Distributor ID: Ubuntu
    Description : Ubuntu 9.04
    Release: 9.04
    Codename: jaunty

    Linux sabrina7-laptop 2.6.28-19-generic #62-Ubuntu SMP Wed Jul 28 01:56:51 UTC 2 010 i686 GNU/Linux

    http://unixlurvekey.blogspot.com/2011/02/ubuntu-live-on-windows-7-ultimate.html

  2. mfauzirahman April 30th, 2011 9:28 pm

    Kengkawan...dah try Ubuntu 11.04?
    Best sgt2...jom try

  3. inspirasi cyber June 23rd, 2011 2:15 pm

    tak teri lagi la bro....lepas nie la....macam2 nak kena beljar pasal ubuntu nie..mujur ada web ni...sgt membantu

  4. puppet December 8th, 2011 11:55 am

    hope this site will active again...
    post la pape mngenai ubuntu...
    let the people know n guide them...

  5. zul December 26th, 2011 5:37 pm

    mcm ner nak format ubuntu ney ekk..sy nk install dari 10.04 ke latest 11.04

Tinggalkan Komen Anda