Bagaimana untuk menyembunyikan drive icons dari Desktop?

Saudara Agas bertanya kepada saya mengenai bagaimana untuk menyembunyikan drive icons dari Desktop? Seperti yang kita tahu, Ubuntu tidak sama dengan Windows. Sekiranya di Windows, kita boleh menyembunyikan icons dari Dekstop dengan klik kanan dan pilih Show Desktop Items. Tetapi di Ubuntu, tiada function tersebut. Jadi, sekiranya anda ingin menyembunyikan icons, anda boleh ikuti langkah ini.

hideicon-01.jpg

Tekan Alt+F2 untuk melancarkan Run Application window. Di dalam kotak tersebut, taip

gconf-editor

Apa yang kita lakukan di sini adalah untuk membuka Configuration Editor. Configuration Editor ini digunakan untuk kita mengubah settings dan user preferences yang disimpan di dalam Ubuntu.

hideicon-02.jpg

Di dalam Configuration Editor tersebut, anda pergi ke

apps > nautilus > desktop

Di sini, anda untick-kan semua pilihan di bahagian value. Ianya bertujuan untuk kita tidak memaparkan icon-icon di Desktop. Sekiranya anda ingin membukan drive atau partition di Ubuntu anda, anda boleh bukanya melalui Computer (Places > Computer).

3 Komen untuk “Bagaimana untuk menyembunyikan drive icons dari Desktop?”

  1. agas January 29th, 2008 9:03 pm

    Terimakasih atas maklumat yang baik dari.saudara. Ada satu masalah lagi, setelah saya mengupdatekan Ubuntu Tweak, computer saya jadi hanging/freeze jadi saya cuba ctr+alt+bspace tak de respon, F1 pun tak jadi. Lalu saya tekan butang restart, bila masuk salah satu partision USB external drive tak dapat berfungsi. Saya pun format cuci semua data. Mungkin cara saya salah, kot ada cara lain yang boleh selamatkan file. Mana tau kot berulang lagi.
    terima kasih..

  2. dekan February 4th, 2008 11:43 pm

    Awak ni ensem la.. :)

  3. melayubuntu February 7th, 2008 5:34 pm

    hoho…xtahan ngn komen dekan…haha

Tinggalkan Komen Anda