Zip/Unzip Files dengan Command Line

Kali ini, izinkan saya untuk berkongsi dengan anda bagaimana untuk menggunakan ZIP dengan Command Line. Tip ini selalu saya gunakan apabila saya ingin upgrade skrip forum vBulletin di server saya.

Untuk ZIP sesebuah folder atau file, anda hanya perlu menaip:

zip -r namafile.zip namafolder/

Segala file-file di dalam folder 'namafolder' akan dizipkan dan disimpan di dalam file namafile.zip.

Untuk UNZIP pula, anda taip:

unzip namafile.zip

Segala isi kandungan yang ada di dalam namafile.zip akan di-extract keluar dan diletakkan ke dalam directory yang sama dengan namafile.zip.

Diharapkan dengan tips ini sedikit sebanyak dapat membantu dalam mengendalikan file-file yang ada di server anda. :)

CHMOD Directories 755 dan Files 644 dengan Command Line

Sekiranya saya ingin CHMOD directory atau file dengan 755 atau 644, saya boleh menggunakan mouse atau simple command line. Tetapi bagaimana pula jika saya ingin tukar permission ke atas ke semua directories dan files yang ada dalam sesebuah folder? Lagi-lagi sekiranya di dalam folder itu terdapat banyak child-directories dan files di setiap ceruk dan selok-belok folder itu?

find . -type d -print0 | xargs -0 chmod 0755 #Untuk Directories
find . -type f -print0 | xargs -0 chmod 0644 #Untuk Files

Untuk melakukan proses tersebut, saya menggunakan command line di atas ini.

Command tersebut akan memeriksa attribute entries yang ada di dalam folder tersebut samada ianya adalah 'directory' atau pun 'file'. Jika ianya adalah 'directory', permission entry tersebut akan diubah ke 755. Manakala sekiranya entry tersebut adalah sebuah 'file', permission akan diubah ke 644.

Mudah bukan? ;)