Internet Lebih Laju Di Ubuntu

Selain daripada Ubuntu, saya juga menggunakan Windows untuk urusan harian saya di Internet. Lagipun, kerja-kerja di pejabat banyak menggunakan sistem operasi Windows. Jadi, saya tidak boleh melarikan diri dari menggunakan Windows dalam segala urusan. Lagi-lagi bila saya berkeinginan untuk bermain permainan video seperti Red Alert 3 yang telah dilancarkan baru-baru ini.

Bagi kepada mereka-mereka yang tidak tahu, saya ada menerbitkan sebuah artikel mengenai tips melajukan internet dalam Ubuntu. Sekiranya anda mengikuti langkah-langkah yang telah saya kongsikan, anda dapat merasai perbezaan kelajuannya.

Setakat ini, kelajuan internet di Ubuntu saya lebih pantas daripada kelajuan internet di Windows. Ini mungkin disebabkan beberapa faktor yang dapat saya fikirkan.

1. Pengubahsuaian yang telah dilakukan
Saya telah ubahsuai konfigurasi sistem Ubuntu dan juga Firefox supaya tidak menjalankan proses yang tidak sepatutnya seperti IPv6. IPv6 masih lagi baru walaupun ianya telah diperkenalkan lama dahulu. Disebabkan IPv6 ini tidak ramai yang menggunakannya, jadi adalah elok sekiranya kita mematikan proses penukaran IPv4 ke IPv6 dalam sistem bagi mempercepatkan proses penghantaran dan penerimaan data.

2. Windows mempunyai antivirus
Di Windows, saya menggunakan perisian antivirus Kaspersky Internet Security 2009. Tidak kira antivirus apa yang anda gunakan, setiap antivirus akan mengimbas setiap fail-fail yang diterima dan juga data-data yang masuk bagi menjamin keselamatan pengguna tersebut. Imbasan yang dilakukan ini akan melambatkan pemprosesan data oleh komputer anda dan menjadikan internet anda menjadi lambat.

3. Banyak proses yang sedang berjalan
Setiap sistem operasi memerlukan beberapa proses bagi membolehkan ia berjalan dengan lancar. Begitu juga dengan Windows mahupun Ubuntu. Di Windows, banyak proses-proses yang berjalan disebabkan daripada perisian-perisian yang kita telah install. Lambakan proses ini akan menjadikan berlakunya lengahan pada pemproses. Ianya turut berlaku pada komputer yang mempunyai sistem yang berkelajuan tinggi. Cumanya, kita tidak perasan mengenainya disebabkan lengahan itu hanyalah sedikit.

4. Selain daripada itu...
Selain itu, anda boleh juga menambah sebab dan kenapa internet di Ubuntu lebih laju daripada Windows. Ini merupakan peluang anda untuk berkongsi bersama-sama dengan pembaca-pembaca yang lain mengenai kelebihan Ubuntu ini.

Jadi, apa tunggu lagi. Kongsikan sebab-sebab dan alasan anda di ruangan komen di bawah.

Post to Twitter Post to Delicious Post to Digg Post to Facebook Post to MySpace Post to Reddit Post to StumbleUpon

Tinggalkan Komen Anda