Cara Sebutan Ubuntu Yang Betul

Pada masa saya mula-mula mengenali Ubuntu dahulu, saya sebut sebagai "you-boon-too". Tetapi sebutan saya itu salah. Sebutan yang betul adalah "ooo-boon-too ". Itulah sebutan yang sebetul-betulnya.

Kalau anda tidak percaya, saksikan video di bawah ini. Kita lihat siapa yang betul. Muhahahaha...

Ha! Jadi, siapa yang betul. Saya ke, anda? Sebutan Ubuntu yang betul adalah "ooo-boon-too".

Selepas ini, kalau ada rakan-rakan anda yang sebut Ubuntu sebagai "you-boon-too" dan sebagainya, anda tolong betulkan. Ok? :D

Hello world!

Assalamualaikum wbt.

Selamat datang diucapkan kepada anda. Tidak kira samada anda merupakan pengguna Ubuntu yang baru (newbie) seperti saya, mahupun pengguna Ubuntu yang advanced, atau pun anda ingin mengetahui apa itu Ubuntu, saya amat mengalu-alukan kedatangan anda ke website Ubuntu Newbie Malaysia ini.

Ubuntu Newbie Malaysia merupakan sebuah laman web yang khusus membincangkan mengenai sistem operasi terbuka, Ubuntu. Di Malaysia, tidak ramai yang tahu apa itu Ubuntu. Bagi mereka, Ubuntu merupakan satu perkataan yang baru, yang mereka belum dapat lagi diterima sepenuhnya. Memang ada juga rakyat Malaysia yang tahu malah pakar dalam menggunakan Ubuntu ini, tetapi masih ramai lagi yang tercari-cari bagaimanakah cara untuk menginstall, menggunakan, dan melakukan pelbagai perkara dengan Ubuntu.

Teruskan membaca "Hello world!"...