Bagaimana untuk menyembunyikan drive icons dari Desktop?

Saudara Agas bertanya kepada saya mengenai bagaimana untuk menyembunyikan drive icons dari Desktop? Seperti yang kita tahu, Ubuntu tidak sama dengan Windows. Sekiranya di Windows, kita boleh menyembunyikan icons dari Dekstop dengan klik kanan dan pilih Show Desktop Items. Tetapi di Ubuntu, tiada function tersebut. Jadi, sekiranya anda ingin menyembunyikan icons, anda boleh ikuti langkah ini.

hideicon-01.jpg

Tekan Alt+F2 untuk melancarkan Run Application window. Di dalam kotak tersebut, taip

Teruskan membaca "Bagaimana untuk menyembunyikan drive icons dari Desktop?"...

Kenapa perlu install Ubuntu Restricted Extras?

Owh...sudah lama saya tidak mengupdate website Ubuntu saya ini. Bukannya apa, saya sibuk pada minggu lepas. Pergi honeymoon kata orang. ;)) Jadi untuk entri pada kali ini, saya ingin berkongsi dengan anda kenapa anda perlu install Ubuntu Restricted Extras.

ubuntu-restricted.jpg

Pada masa saya mula-mula menggunakan Ubuntu, saya mempunyai masalah apabila saya ingin play DVD. Selain daripada itu, website-website yang saya lawati, kebanyakkannya menunjukkan font yang pelik. Berbeza dari apa yang sepatutnya. Namun begitu, setelah saya buat beberapa carian, akhirnya saya temui jalan penyelesaiannya. Caranya adalah dengan menginstall Ubuntu Restricted Extras.

Teruskan membaca "Kenapa perlu install Ubuntu Restricted Extras?"...

Belajar Linux Command dan Shell Scripts

Ubuntu merupakan salah satu distro dari Linux. Dan seperti yang kita tahu, Linux banyak menggunakan command line. Tapi kini, penggunaan command line dah semakin berkurangan. Sekarang ini dah banyak command line yang telah ditranslatekan ke GUI. Namun begitu, kita tidak boleh meninggalkan command line seperti itu saja. Kita perlu juga belajar command line yang terdapat di dalam Linux. Kerana dengan command line ini, kita dapat buat sesuatu perkara itu dengan lebih advanced lagi.

linux-command.jpg

LinuxCommand.org merupakan sebuah website yang mengajar kita bagaimana untuk menggunakan command line. Saya sendiri pun masih terkial-kial dalam menggunakan command line ini. Banyak lagi command-command yang saya tidak tahu dan website LinuxCommand.org ini dapat membantu saya dan juga anda dalam mempelajari command-command yang terdapat di dalam Linux.

Teruskan membaca "Belajar Linux Command dan Shell Scripts"...

Transparent Ubuntu Terminal

terminal-transparent-01-thumb.jpg
Image 1: Default Ubuntu Terminal

Secara default, Terminal kita hanyalah berlatarbelakangkan warna putih dan mempunyai teks yang berwarna hitam. Tetapi bagi saya, saya lebih suka mengubahsuai Terminal menjadi paparan yang menarik. Apa yang saya lakukan adalah, saya menjadikan background Terminal saya kepada transparent.

terminal-transparent-02-thumb.jpg
Image 2: Transparent Ubuntu Terminal

Teruskan membaca "Transparent Ubuntu Terminal"...

Penggunaan apt-get dan aptitude

Pada mula-mula saya mengenali Ubuntu, saya selalu menggunakan apt-get untuk mendownload dan menginstall software-software yang saya inginkan. Ini kerana, itulah command line pertama yang saya tahu untuk mendownload software dari Ubuntu repositories.

Namun begitu, saya juga ada terlihat sesetengah website yang menggunakan aptitude untuk menginstall software. Saya ingatkan apt-get dan aptitude ni merupakan dua benda yang berbeza. Rupa-rupanya, kedua-keduanya mempunyai fungsi yang sama cuma salah satunya ada kelebihan yang tersendiri.

apt-get

Sebagai contoh, sekiranya saya ingin menginstall sesuatu software, saya akan runkan command seperti di bawah ini

sudo apt-get install namasoftware

Command line di atas akan mendownload dan menginstall namasoftware bersama-sama dengan file-file dependencies yang diperlukan. Tetapi, apabila saya ingin membuang namasoftware dari Ubuntu saya, saya akan menggunakan command seperti berikut.

sudo apt-get remove namasoftware

Tahukah anda apakah kelemahan menggunakan apt-get ini? Memang tidak akan ada masalah ketika proses installation tetapi akan ada masalah ketika kita ingin remove software tersebut. Dengan menggunakan apt-get, ianya akan buang file namasoftware itu sahaja dan tidak akan buang file-file dependencies yang ddiinstall bersama-sama ketika proses installation tadi. Ini akan menyebabkan pembaziran space berlaku.

Teruskan membaca "Penggunaan apt-get dan aptitude"...

Paparkan system info dengan Conky

Conky merupakan sebuah program kecil yang dapat memaparkan maklumat sistem Ubuntu anda seperti kernel version, space hard disk, memory usage dan sebagainya di atas desktop. Kelebihan Conky adalah, selain ia dapat memaparkan system info Ubuntu kita, kita juga dapat mengubah suai paparan Conky ini mengikut cita rasa kita sendiri. Pelbagai settings dan variables yang boleh anda gunakan. Sekiranya anda mahu, anda juga boleh merekabentuk paparan Conky anda sendiri.

Image di bawah merupakan contoh Conky yang saya gunakan di Ubuntu saya.

conky.gif

Untuk menggunakan Conky, anda perlu menginstallnya terlebih dahulu. Buka Terminal dan runkan command di bawah ini.

sudo apt-get install conky

Biarkan Ubuntu mendownload file-file yang diperlukan dan ia akan install Conky ke dalam Ubuntu anda. Setelah itu, anda boleh menggunakan sample Conky config file untuk mencuba Conky anda. Di Terminal, runkan command ini.

zcat /usr/share/doc/conky/examples/conkyrc.sample.gz > ~/.conkyrc

Ianya akan extract file conkyrc ke Home Folder (/home/username/) anda. Untuk run Conky, anda tekan Alt+F2 dan taipkan "conky" (tanpa quote), kemudian Run.

Teruskan membaca "Paparkan system info dengan Conky"...

Edit Compiz Fusion dengan Advanced Desktop Effects Settings

Ubuntu mempunyai interface yang menarik. Saya sangat suka dengan effect Wobbly Windows. Apabila kita menggerakkan sesuatu window, akan ada effect seperti window itu lembut dan ia mengikut gerakan cursor kita. Ianya sangat menarik.

compizadvanced.gif

Secara default, kita tidak boleh mengawal effect-effect yang ada dalam Compiz Fusion. Untuk pengetahuan, Compiz Fusion merupakan compositing window manager yang menggunakan kad grafik kita untuk menghasilkan effect-effect yang menarik. Oleh itu, sekiranya anda ingin mengubah settings Compiz Fusion, anda perlu mendownload Compiz Config Settings Manager.

Teruskan membaca "Edit Compiz Fusion dengan Advanced Desktop Effects Settings"...

Tips melajukan internet speed Ubuntu anda

Salah satu kelebihan Ubuntu yang saya dapat lihat adalah, kita boleh tweak Ubuntu kita mengikut apa yang kita kehendaki. Dan yang paling bagusnya adalah, kita tweak file Ubuntu itu sendiri (core file) dan bukannya menggunakan third party software seperti di Windows.

Untuk entri kali ini, saya ingin berkongsi dengan anda bagaimana untuk kita tweak Ubuntu supaya kita dapat surf internet dengan laju dan pantas. Walaupun saya menggunakan Celcom broadband, tetapi dengan tweak ini saya dapat merasakan kelajuan internet saya semakin bertambah. Lagi cepat berbanding sebelumnya. Mari saya tunjukkan kepada anda bagaimana caranya.

Mula-mula, buka Terminal (Applications > Accesories > Terminal), dan taip command line di bawah ini. Saya akan terangkan maksud setiap line selepasnya.

cd /etc/modprobe.d/
sudo cp aliases aliases_backup
sudo gedit aliases

Line 1: Untuk kita ke directory /etc/modprobe.d/
Line 2: Di sini, kita buat backup file yang kita hendak edit, aliases
Line 3: Kita edit file aliases dengan menggunakan gedit

Teruskan membaca "Tips melajukan internet speed Ubuntu anda"...

Komuniti Ubuntu Malaysia

Bagi saya, bukanlah Ubuntu jika tiada komunitinya. Ini kerana, Ubuntu merupakan sebuah operating system yang dijaga dan dimaintain oleh komunitinya sendiri. Komuniti Ubuntu yang paling besar sekali boleh didapati di Ubuntu Forum.

komunitiubuntumalaysia.gif

Di Malaysia, kita juga mempunyai pakar-pakar yang handal dalam Ubuntu ini. Anda boleh bertanyakan sebarang soalan dengan mereka. Jangan risau, mereka merupakan orang Malaysia juga, seperti anda. Dan sudah semestinya mereka faham bahasa Melayu. Jadi anda boleh bertanyakan soalan pada mereka dengan slang Melayu anda. :p

Teruskan membaca "Komuniti Ubuntu Malaysia"...

Download update dan upgrade Ubuntu dengan laju

Selepas menginstall Ubuntu, anda perlu mendownload segala update dan upgrade yang diperlukan oleh Ubuntu anda. Untuk mendapatkan download rate yang tinggi, anda perlu pilih server yang berdekatan dengan tempat tinggal anda. Caranya tidaklah sukar.

Pergi ke System > Administration > Software Sources. Masukkan password anda dan anda akan dipaparkan dengan window ini.

apt-get-01

Pastikan semua pilihan telah dipilih. Tetapi saya tidak pilih untuk mendownload source code, jadi saya tinggalkan pilihan Source Code itu. Dan jangan pilih Installable from CD-ROM/DVD sebab kita akan mendownload software dari internet dan bukan dari CD-ROM/DVD.

Teruskan membaca "Download update dan upgrade Ubuntu dengan laju"...