Secara default, Terminal kita hanyalah berlatarbelakangkan warna putih dan mempunyai teks yang berwarna hitam. Tetapi bagi saya, saya lebih suka mengubahsuai Terminal menjadi paparan yang menarik. Apa yang saya lakukan adalah, saya menjadikan background Terminal saya kepada transparent.
Pada mula-mula saya mengenali Ubuntu, saya selalu menggunakan apt-get untuk mendownload dan menginstall software-software yang saya inginkan. Ini kerana, itulah command line pertama yang saya tahu untuk mendownload software dari Ubuntu repositories.
Namun begitu, saya juga ada terlihat sesetengah website yang menggunakan aptitude untuk menginstall software. Saya ingatkan apt-get dan aptitude ni merupakan dua benda yang berbeza. Rupa-rupanya, kedua-keduanya mempunyai fungsi yang sama cuma salah satunya ada kelebihan yang tersendiri.
apt-get
Sebagai contoh, sekiranya saya ingin menginstall sesuatu software, saya akan runkan command seperti di bawah ini
sudo apt-get install namasoftware
Command line di atas akan mendownload dan menginstall namasoftware bersama-sama dengan file-file dependencies yang diperlukan. Tetapi, apabila saya ingin membuang namasoftware dari Ubuntu saya, saya akan menggunakan command seperti berikut.
sudo apt-get remove namasoftware
Tahukah anda apakah kelemahan menggunakan apt-get ini? Memang tidak akan ada masalah ketika proses installation tetapi akan ada masalah ketika kita ingin remove software tersebut. Dengan menggunakan apt-get, ianya akan buang file namasoftware itu sahaja dan tidak akan buang file-file dependencies yang ddiinstall bersama-sama ketika proses installation tadi. Ini akan menyebabkan pembaziran space berlaku.
Conky merupakan sebuah program kecil yang dapat memaparkan maklumat sistem Ubuntu anda seperti kernel version, space hard disk, memory usage dan sebagainya di atas desktop. Kelebihan Conky adalah, selain ia dapat memaparkan system info Ubuntu kita, kita juga dapat mengubah suai paparan Conky ini mengikut cita rasa kita sendiri. Pelbagai settings dan variables yang boleh anda gunakan. Sekiranya anda mahu, anda juga boleh merekabentuk paparan Conky anda sendiri.
Image di bawah merupakan contoh Conky yang saya gunakan di Ubuntu saya.
Untuk menggunakan Conky, anda perlu menginstallnya terlebih dahulu. Buka Terminal dan runkan command di bawah ini.
sudo apt-get install conky
Biarkan Ubuntu mendownload file-file yang diperlukan dan ia akan install Conky ke dalam Ubuntu anda. Setelah itu, anda boleh menggunakan sample Conky config file untuk mencuba Conky anda. Di Terminal, runkan command ini.
Ianya akan extract file conkyrc ke Home Folder (/home/username/) anda. Untuk run Conky, anda tekan Alt+F2 dan taipkan “conky” (tanpa quote), kemudian Run.
Ubuntu mempunyai interface yang menarik. Saya sangat suka dengan effect Wobbly Windows. Apabila kita menggerakkan sesuatu window, akan ada effect seperti window itu lembut dan ia mengikut gerakan cursor kita. Ianya sangat menarik.
Secara default, kita tidak boleh mengawal effect-effect yang ada dalam Compiz Fusion. Untuk pengetahuan, Compiz Fusion merupakan compositing window manager yang menggunakan kad grafik kita untuk menghasilkan effect-effect yang menarik. Oleh itu, sekiranya anda ingin mengubah settings Compiz Fusion, anda perlu mendownload Compiz Config Settings Manager.
Salah satu kelebihan Ubuntu yang saya dapat lihat adalah, kita boleh tweak Ubuntu kita mengikut apa yang kita kehendaki. Dan yang paling bagusnya adalah, kita tweak file Ubuntu itu sendiri (core file) dan bukannya menggunakan third party software seperti di Windows.
Untuk entri kali ini, saya ingin berkongsi dengan anda bagaimana untuk kita tweak Ubuntu supaya kita dapat surf internet dengan laju dan pantas. Walaupun saya menggunakan Celcom broadband, tetapi dengan tweak ini saya dapat merasakan kelajuan internet saya semakin bertambah. Lagi cepat berbanding sebelumnya. Mari saya tunjukkan kepada anda bagaimana caranya.
Mula-mula, buka Terminal (Applications > Accesories > Terminal), dan taip command line di bawah ini. Saya akan terangkan maksud setiap line selepasnya.
cd /etc/modprobe.d/
sudo cp aliases aliases_backup
sudo gedit aliases
Line 1: Untuk kita ke directory /etc/modprobe.d/ Line 2: Di sini, kita buat backup file yang kita hendak edit, aliases Line 3: Kita edit file aliases dengan menggunakan gedit
Bagi saya, bukanlah Ubuntu jika tiada komunitinya. Ini kerana, Ubuntu merupakan sebuah operating system yang dijaga dan dimaintain oleh komunitinya sendiri. Komuniti Ubuntu yang paling besar sekali boleh didapati di Ubuntu Forum.
Di Malaysia, kita juga mempunyai pakar-pakar yang handal dalam Ubuntu ini. Anda boleh bertanyakan sebarang soalan dengan mereka. Jangan risau, mereka merupakan orang Malaysia juga, seperti anda. Dan sudah semestinya mereka faham bahasa Melayu. Jadi anda boleh bertanyakan soalan pada mereka dengan slang Melayu anda.
Selepas menginstall Ubuntu, anda perlu mendownload segala update dan upgrade yang diperlukan oleh Ubuntu anda. Untuk mendapatkan download rate yang tinggi, anda perlu pilih server yang berdekatan dengan tempat tinggal anda. Caranya tidaklah sukar.
Pergi ke System > Administration > Software Sources. Masukkan password anda dan anda akan dipaparkan dengan window ini.
Pastikan semua pilihan telah dipilih. Tetapi saya tidak pilih untuk mendownload source code, jadi saya tinggalkan pilihan Source Code itu. Dan jangan pilih Installablefrom CD-ROM/DVD sebab kita akan mendownload software dari internet dan bukan dari CD-ROM/DVD.
Pada masa saya mula-mula mengenali Ubuntu dahulu, saya sebut sebagai “you-boon-too”. Tetapi sebutan saya itu salah. Sebutan yang betul adalah “ooo-boon-too “. Itulah sebutan yang sebetul-betulnya.
Kalau anda tidak percaya, saksikan video di bawah ini. Kita lihat siapa yang betul. Muhahahaha…
Ha! Jadi, siapa yang betul. Saya ke, anda? Sebutan Ubuntu yang betul adalah “ooo-boon-too”.
Selepas ini, kalau ada rakan-rakan anda yang sebut Ubuntu sebagai “you-boon-too” dan sebagainya, anda tolong betulkan. Ok?
Selamat datang diucapkan kepada anda. Tidak kira samada anda merupakan pengguna Ubuntu yang baru (newbie) seperti saya, mahupun pengguna Ubuntu yang advanced, atau pun anda ingin mengetahui apa itu Ubuntu, saya amat mengalu-alukan kedatangan anda ke website Ubuntu Newbie Malaysia ini.
Ubuntu Newbie Malaysia merupakan sebuah laman web yang khusus membincangkan mengenai sistem operasi terbuka, Ubuntu. Di Malaysia, tidak ramai yang tahu apa itu Ubuntu. Bagi mereka, Ubuntu merupakan satu perkataan yang baru, yang mereka belum dapat lagi diterima sepenuhnya. Memang ada juga rakyat Malaysia yang tahu malah pakar dalam menggunakan Ubuntu ini, tetapi masih ramai lagi yang tercari-cari bagaimanakah cara untuk menginstall, menggunakan, dan melakukan pelbagai perkara dengan Ubuntu.