Hello world!
Assalamualaikum wbt.
Selamat datang diucapkan kepada anda. Tidak kira samada anda merupakan pengguna Ubuntu yang baru (newbie) seperti saya, mahupun pengguna Ubuntu yang advanced, atau pun anda ingin mengetahui apa itu Ubuntu, saya amat mengalu-alukan kedatangan anda ke website Ubuntu Newbie Malaysia ini.
Ubuntu Newbie Malaysia merupakan sebuah laman web yang khusus membincangkan mengenai sistem operasi terbuka, Ubuntu. Di Malaysia, tidak ramai yang tahu apa itu Ubuntu. Bagi mereka, Ubuntu merupakan satu perkataan yang baru, yang mereka belum dapat lagi diterima sepenuhnya. Memang ada juga rakyat Malaysia yang tahu malah pakar dalam menggunakan Ubuntu ini, tetapi masih ramai lagi yang tercari-cari bagaimanakah cara untuk menginstall, menggunakan, dan melakukan pelbagai perkara dengan Ubuntu.
Di laman Ubuntu Newbie Malaysia ini, saya akan berkongsi dengan anda segala pengetahuan dan pengalaman yang saya perolehi sepanjang saya belajar menggunakan Ubuntu. Ya, seperti yang saya cakapkan tadi, saya masih baru dalam menggunakan Ubuntu. Dan disebabkan itu lah saya membuka website ini dan namakan ia sebagai Ubuntu Newbie Malaysia. Website yang khusus kepada mereka-mereka yang ingin belajar menggunakan Ubuntu dalam Bahasa Malaysia.
Sekiranya anda ingin melanggan website ini untuk mendapatkan artikel-artikel terkini, anda boleh mendapatkannya dengan melanggan site feed ataupun melalui email. Segala update yang terkini akan dapat anda peroleh dari masa ke semasa. Jadi, diharapkan saya dapat melihat anda di entri-entri yang akan datang.
Owh...sebelum saya terlupa, promote-promotekan lah website Ubuntu Newbie Malaysia ini di website atau blog anda supaya lebih ramai yang akan tahu mengenai sistem operasi Ubuntu ini. ![]()
Terima kasih.




Hi, this is a comment.
To delete a comment, just log in and view the post's comments. There you will have the option to edit or delete them.
Good deal. Aku guna ubuntu sesekali je, tapi aku install directly, tapi virtually guna tehcnology vmware. So klu nk bukak ubuntu, kena open VMware player dulu
so u are a muslim Isaw ur salaam and for that my reply is va alaikumussalaam
#zaki blogjer - Tak lambat ke brader buat macam tu?
#sensibleguy - Yeah. I am muslim. Welcome to my new blog.
Akum bro. Tahniah di atas pelancaran blog pasal ubuntu nih. Pernah try gak guna dulu, tapi just sesuka. Lepas tweak sana, tweak sini.. system crash..huhuhu..dengan ada blog nih , pasnih boleh aku sambung belajar ooo-boon-too balik
Akum,
sy pernah try ubuntu ni,memang power dan ringan berbanding vista.sy bertukar balik pakai win xp sebab ubuntu ni x support game.boleh la jgk main game tapi kena pakai Wine.x semua game bleh main.
pastu bnyk sotfware yg dia x support mcm windows.so,harap2 bro bleh ajar sy ttg linux ubuntu ni..k
#fr33mumia - No problem brader. Thanks sebab sudi datang.
#Mat - Hu3. Boleh, boleh. Tak hal punye...
sy mula pakai ubuntu sjk ver 610.skrg dah ver 710 sememangnya bagus.virus langsung tak kena..boleh tulong scan member punya thumbdrive lagi.word punya program(abiword)cukup pantas.kalau untuk office use memang lebih dr ckup.nak tukar desktop bagi jadi macam mc os pun boleh buat guna global menu.masa mula-mula dulu memang la payah sikit.lepas tu dah okey sebab setiap version yang baru keluar kerjanya lebih bersifat GUI,jadi senangla nak buat apa pun.
Assallammualaikum wbt. erm sy org baru dgn Linux ni, lbih kurang 0% pengetahuan ttg Linux ni, sy nak mntak tlg la kat bro, bleh xtunjukkan camne nak install Ubuntu? kene istall Linux dulu ke? Linux dgn Ubuntu tu berbeza ke? tlg ye. nak sgt sy try OS ni, busan dah dgn W****S.
Salam.