Haruskah saya beli buku A Practical Guide to Ubuntu Linux?
Semasa saya di City Square, Johor Bahru pada minggu lepas, saya berkesempatan untuk singgah di MPH Bookstore sementara menunggu wayang bermula. Menemani kawan saya, Lim Hock Chai, saya pergi ke rak bahagian komputer.

Dalam melihat buku-buku yang terdapat di rak itu, saya terpandang sebuah buku yang menarik tajuknya, “A Practical Guide to Ubuntu Linux“.
Saya mengambil dan membaca ringkasan yang terdapat di bahagian belakang kulit buku itu. Macam menarik juga. Saya tidak dapat membelek-belek isi kandungannya kerana buku itu berbalut dengan plastik. Tapi saya tertarik dengan buku ini kerana kaedah pendekatan yang digunakan adalah secara praktikal dan tidak sekadar pembacaan semata-mata.
Saya lebih gemar membaca buku yang bukan sahaja membincangkan secara teori malah menunjukkan bagaimanakah cara untuk melakukan sesuatu perkara itu. Dengan cara sebegini, saya lagi cepat faham dan ingat apa yang saya baca.
Di Internet, saya ada membaca ulasan mengenai buku ini. Sungguh menarik ulasan yang diberikan menyebabkan saya teruja-uja untuk memilikinya. Harga buku ini saya tidak ingat pula. Tetapi dalam RM150 ke atas macam tu. Perlukah saya membelinya? Apa pendapat anda? Ada sesiapa yang sudah memiliki buku ini?



1. Ya, anda harus membelinya.
2. Pada pendapat saya, ia amat berguna jika anda serius untuk mempraktikkan ilmu yang terkandung di dalamnya.
3. Mungkin ada, saya kurang pasti. Tapi jika anda rajin berkunjung ke perpustakaan Sultanah Zanariah di UTM, anda pasti terkejut dengan banyaknya buku berkaitan komputer (mungkin bukan buku ubuntu ini, tetapi adalah buku tentang ubuntu).
yupp..beli jer kalau ada duit..tak rugi beli..itu ilme bebbb
#Dekan - Saya lebih prefer membeli buku daripada meminjam kerana saya suka menjadikan buku-buku yang beli sebagai koleksi.
#kita - Hu3. Terima kasih. Saya rasa pun macam tu. Sebentar lagi saya akan ke Tebrau City. Saya rasa saya akan beli di sana sahaja nanti.
kalau ko rajin baca..beli jer tak rugi
tapi aku prefer pdf version yang “free” hahaha
lagi pun aku rasa content2 yang ada dalam tu semuanya ada kat website ubuntugeek,ubuntutips dan satu lagi debianadmin.com pun bole gak dijadikan tempat membaca
Kalau yang pdf nye, tak best sangat sebab kita tak boleh nak pegang and baca masa nak tidur or bosan-bosan. Kalau nak baca, kene duduk mengadap komputer. Tak best. Hu3.
Ada je banyak koleksi pdf untuk dibaca. Tapi yang buku ni lebih prefer yang real punya. Tak best if pdf.
beli la pda,har harh harh
aku simpan utk koleksi peribadi je,baca pun time ada problem tapi tenet takde aku nak surf camana nak fix
Beli pastu boleh la aku pinjam eheh
wah…harga dia bleh tahan..goreng pun sodap…hehe
beli jer…dpt ilmu utk ajar org blk bro..
wah, 150 tuh boleh tahan gak. tapi kalau ada duit,tak rugi beli. lagipun..kalau tak,abish jugak duit tuh.ehehe…

dah beli ker ?
Em… tapi sayang skit la…buku tu sebenarnya boleh didapati secara percuma dalam ruangan forum mydungun.net
Tetapi anda perlu daftar dahulu sebagai ahli forum untuk memuatturunnya.
linknya —> mydungun.net/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=158