Akhirnya, buku itu milik saya…
Sudah lama saya tidak mengupdate laman ini ya? Bukannya apa, selain daripada sibuk dengan final year project, saya juga mempunyai masalah dengan connection internet broadband saya sejak 5 minggu yang lepas menyebabkan saya kurang gemar untuk mengupdate laman ini. Tetapi kini internet saya sudah kembali pulih.

Tujuan saya mencoret post ini adalah kerana saya ingin memberitahu pada anda semua bahawa, saya sudah membeli buku A Practical Guide to Ubuntu Linux itu.
Tapi saya tidak berkesempatan untuk membacanya lagi. Hanya sempat menangkap gambar dan selak-selak muka surat yang ada di dalam buku itu.
Tebal ya amat. Buku itu setebal Kamus Dewan mungkin. Tetapi tidak mengapa kerana berbaloi dengan jumlah bayaran yang dikenakan iaitu RM146. Saya beli buku itu di MPH City Square, Johor Bahru.

Di dalam buku itu terkandung juga DVD yang dilengkapi dengan Ubuntu. DVD itu pun saya tidak sempat untuk membukanya. Saya hanya membawa keluar DVD itu daripada buku supaya memudahkan saya membaca buku A Practical Guide to Ubuntu Linux itu bila-bila masa.
Saya sudah memilikinya. Anda bila lagi? ![]()




Sounds cool..berape rege buku tu ye..
RM146 brader. Berbaloi la saya rasa.
wah mahal jgak ek.apa kata awk terjemahkan….susah nak cari linux dalam bahasa melayu….fauzi boleh tukar link blog dengan saya tak?blog saya berkenaan komputer.
Saya cari-cari dalam internet pasal buku ni tapi jumpa pulak buku ini secara torrent download kat sini
http://www.ebookshare.net/operating-system/A-Practical-Guide-to-Ubuntu-Linux-Dec-2007-eBook-BBL-4866.html
Sesiapa nak baca dekat komputer pergilah ke website tu.
la… awk orang JB ke?? student UTM ker??
ape kata kita plan untuk buat meet up Linux User kat JB…
la mahalnye buku tue… tak mampu aku nak beli….
############################################
PIRATE PARADES, STREET PARTIES, ANTI-COPYRIGHT + FREE SOFTWARE GIVEAWAYS…. HACKERS TAKE TO THE STREETS!
Sir.Beyta (darkLord network)
Saudara fauzi,saya masih lagi dalam peringkat pengenalan ubuntu nie…so banyak sangat yang saye tak tau.pakah cadangan saudara bagi saya mendalami tentang ubuntu nie???kat mane nak belajar???
Akan saya buat entri khas mengenai perkara ini.
bro ko kongsi ye ape ader dlm buku tu..kite sume nak tau…
@farhan firdaus
silalah ke http://forums.ubuntu.com.my, di sana nanti boleh bertanya apa yang nak ditanya.