Saya ada sebuah theme yang saya suka. Nama theme tersebut adalah Silent Night. Walaupun saya telah berjaya menginstall theme tersebut secara manual tetapi terdapat satu masalah yang perlu diselesaikan.
Theme tersebut memerlukan font cure.pcf dari artwiz-aleczapka. Cara untuk install font .pcf pula lain dari yang lain dan tidak sama seperti kita install font .ttf.
Berikut merupakan langkah yang saya ambil untuk install font .pcf ke dalam Ubuntu 9.04 (Jaunty Jackalope). Di dalam artikel ini saya menggunakan font pack dari Artwiz Aleczapka.
Seterusnya…
Sudah 3 bulan Ubuntu melancarkan versinya yang terbaru iaitu versi 8.10, Intrepid Ibex. Walaupun versi ini bukanlah versi LTS (Long Term Support), tetapi bagi pengguna Ubuntu tegar sudah pasti akan menaiktaraf sistem Ubuntu mereka sejurus sahaja versi baru keluar.
Disebabkan kelajuan Internet di rumah saya tidak laju dan stabil, saya tidak dapat menaiktaraf sistem Ubuntu saya secara online. Jadi, saya terpaksa menggunakan Alternate CD bagi membolehkan saya merasai kehebatan Ubuntu 8.10.
Bagi menaiktaraf Ubuntu dengan menggunakan Alternate CD, apa yang anda perlu lakukan adalah, memuat turun fail .iso Intrepid Ibex Alternate CD di sini. Setelah itu, anda perlu mount fail .iso tersebut ke sistem anda.
Seterusnya…
Sekiranya di Windows, saya menggunakan Internet Download Manager untuk mendownload files daripada Rapidshare. Selalunya, link untuk mendownload files tersebut bukan link yang aktif kerana ia berada dalam bentuk text.

Tetapi, IDM dapat menukarkan text tersebut kepada link yang aktif dan ini memudahkan saya untuk mendownload files tersebut tanpa perlu saya menukarkan text tersebut kepada link terlebih dahulu.
IDM dapat menukarkan text ini http://www.rapidshare.com/file/download.rar kepada http://www.rapidshare.com/file/download.rar.
Tetapi di Ubuntu, saya tidak mempunyai IDM kerana IDM hanya untuk Windows. Disebabkan itu, amat leceh bagi saya untuk mendownload files dari link yang tidak aktif. Setelah membuat beberapa research dan testing, saya menjumpai solution yang mudah.
Seterusnya…
Saudara Agas bertanya kepada saya mengenai bagaimana untuk menyembunyikan drive icons dari Desktop? Seperti yang kita tahu, Ubuntu tidak sama dengan Windows. Sekiranya di Windows, kita boleh menyembunyikan icons dari Dekstop dengan klik kanan dan pilih Show Desktop Items. Tetapi di Ubuntu, tiada function tersebut. Jadi, sekiranya anda ingin menyembunyikan icons, anda boleh ikuti langkah ini.

Tekan Alt+F2 untuk melancarkan Run Application window. Di dalam kotak tersebut, taip
Seterusnya…

Image 1: Default Ubuntu Terminal
Secara default, Terminal kita hanyalah berlatarbelakangkan warna putih dan mempunyai teks yang berwarna hitam. Tetapi bagi saya, saya lebih suka mengubahsuai Terminal menjadi paparan yang menarik. Apa yang saya lakukan adalah, saya menjadikan background Terminal saya kepada transparent.

Image 2: Transparent Ubuntu Terminal
Seterusnya…
Conky merupakan sebuah program kecil yang dapat memaparkan maklumat sistem Ubuntu anda seperti kernel version, space hard disk, memory usage dan sebagainya di atas desktop. Kelebihan Conky adalah, selain ia dapat memaparkan system info Ubuntu kita, kita juga dapat mengubah suai paparan Conky ini mengikut cita rasa kita sendiri. Pelbagai settings dan variables yang boleh anda gunakan. Sekiranya anda mahu, anda juga boleh merekabentuk paparan Conky anda sendiri.
Image di bawah merupakan contoh Conky yang saya gunakan di Ubuntu saya.

Untuk menggunakan Conky, anda perlu menginstallnya terlebih dahulu. Buka Terminal dan runkan command di bawah ini.
sudo apt-get install conky
Biarkan Ubuntu mendownload file-file yang diperlukan dan ia akan install Conky ke dalam Ubuntu anda. Setelah itu, anda boleh menggunakan sample Conky config file untuk mencuba Conky anda. Di Terminal, runkan command ini.
zcat /usr/share/doc/conky/examples/conkyrc.sample.gz > ~/.conkyrc
Ianya akan extract file conkyrc ke Home Folder (/home/username/) anda. Untuk run Conky, anda tekan Alt+F2 dan taipkan “conky” (tanpa quote), kemudian Run.
Seterusnya…
Ubuntu mempunyai interface yang menarik. Saya sangat suka dengan effect Wobbly Windows. Apabila kita menggerakkan sesuatu window, akan ada effect seperti window itu lembut dan ia mengikut gerakan cursor kita. Ianya sangat menarik.

Secara default, kita tidak boleh mengawal effect-effect yang ada dalam Compiz Fusion. Untuk pengetahuan, Compiz Fusion merupakan compositing window manager yang menggunakan kad grafik kita untuk menghasilkan effect-effect yang menarik. Oleh itu, sekiranya anda ingin mengubah settings Compiz Fusion, anda perlu mendownload Compiz Config Settings Manager.
Seterusnya…
Salah satu kelebihan Ubuntu yang saya dapat lihat adalah, kita boleh tweak Ubuntu kita mengikut apa yang kita kehendaki. Dan yang paling bagusnya adalah, kita tweak file Ubuntu itu sendiri (core file) dan bukannya menggunakan third party software seperti di Windows.
Untuk entri kali ini, saya ingin berkongsi dengan anda bagaimana untuk kita tweak Ubuntu supaya kita dapat surf internet dengan laju dan pantas. Walaupun saya menggunakan Celcom broadband, tetapi dengan tweak ini saya dapat merasakan kelajuan internet saya semakin bertambah. Lagi cepat berbanding sebelumnya. Mari saya tunjukkan kepada anda bagaimana caranya.
Mula-mula, buka Terminal (Applications > Accesories > Terminal), dan taip command line di bawah ini. Saya akan terangkan maksud setiap line selepasnya.
cd /etc/modprobe.d/
sudo cp aliases aliases_backup
sudo gedit aliases
Line 1: Untuk kita ke directory /etc/modprobe.d/
Line 2: Di sini, kita buat backup file yang kita hendak edit, aliases
Line 3: Kita edit file aliases dengan menggunakan gedit
Seterusnya…
Selepas menginstall Ubuntu, anda perlu mendownload segala update dan upgrade yang diperlukan oleh Ubuntu anda. Untuk mendapatkan download rate yang tinggi, anda perlu pilih server yang berdekatan dengan tempat tinggal anda. Caranya tidaklah sukar.
Pergi ke System > Administration > Software Sources. Masukkan password anda dan anda akan dipaparkan dengan window ini.

Pastikan semua pilihan telah dipilih. Tetapi saya tidak pilih untuk mendownload source code, jadi saya tinggalkan pilihan Source Code itu. Dan jangan pilih Installable from CD-ROM/DVD sebab kita akan mendownload software dari internet dan bukan dari CD-ROM/DVD.
Seterusnya…