Ke Mana Menghilang?

Sudah lama saya tidak mengupdate blog ini. Habis bersawang blog ini kan? Sejak kebelakangan ini, saya sibuk dengan tugasan di pejabat. Jadi, bila pulang ke rumah, badan terasa penat dan tiada upaya untuk mengupdate blog Ubuntu Newbie Malaysia ini. Ni pun saya cuba menggagahkan diri untuk mengupdatenya.

Setelah lama tidak menggunakan Ubuntu, sudah banyak security updates dan package updates yang saya tidak kemaskinikan. Bila saya check update, lebih kurang 150Mb saiz update yang perlu saya download. Dah tu pula, terdapat masalah ketika saya ingin mendownloadnya. Semua connection ke server tidak dapat dilakukan. Saya pun tidak tahu kenapa.

Ubuntu Newbie Malaysia

Tetapi apabila saya browse dengan menggunakan Firefox 3, boleh pula browse ke server update Ubuntu tu. Cuma apabila menggunakan Update Manager, Connection Failed yang dipaparkan pada saya.

Apabila saya menukar ke server yang lain, masalah yang muncul tetap sama. Sekarang ini, saya tidak dapat mengupdate Ubuntu saya ni. Masih dalam proses untuk troubleshoot mencari masalah dan cuba untuk selesaikan masalah itu secepat mungkin.

Akhirnya, buku itu milik saya…

Sudah lama saya tidak mengupdate laman ini ya? Bukannya apa, selain daripada sibuk dengan final year project, saya juga mempunyai masalah dengan connection internet broadband saya sejak 5 minggu yang lepas menyebabkan saya kurang gemar untuk mengupdate laman ini. Tetapi kini internet saya sudah kembali pulih.

27032008289

Tujuan saya mencoret post ini adalah kerana saya ingin memberitahu pada anda semua bahawa, saya sudah membeli buku A Practical Guide to Ubuntu Linux itu. ;)) Tapi saya tidak berkesempatan untuk membacanya lagi. Hanya sempat menangkap gambar dan selak-selak muka surat yang ada di dalam buku itu.

Seterusnya…

Haruskah saya beli buku A Practical Guide to Ubuntu Linux?

Semasa saya di City Square, Johor Bahru pada minggu lepas, saya berkesempatan untuk singgah di MPH Bookstore sementara menunggu wayang bermula. Menemani kawan saya, Lim Hock Chai, saya pergi ke rak bahagian komputer.

a-practical-guide-to-ubuntu

Dalam melihat buku-buku yang terdapat di rak itu, saya terpandang sebuah buku yang menarik tajuknya, “A Practical Guide to Ubuntu Linux“.

Saya mengambil dan membaca ringkasan yang terdapat di bahagian belakang kulit buku itu. Macam menarik juga. Saya tidak dapat membelek-belek isi kandungannya kerana buku itu berbalut dengan plastik. Tapi saya tertarik dengan buku ini kerana kaedah pendekatan yang digunakan adalah secara praktikal dan tidak sekadar pembacaan semata-mata.

Seterusnya…

Hello world!

Assalamualaikum wbt.

Selamat datang diucapkan kepada anda. Tidak kira samada anda merupakan pengguna Ubuntu yang baru (newbie) seperti saya, mahupun pengguna Ubuntu yang advanced, atau pun anda ingin mengetahui apa itu Ubuntu, saya amat mengalu-alukan kedatangan anda ke website Ubuntu Newbie Malaysia ini.

Ubuntu Newbie Malaysia merupakan sebuah laman web yang khusus membincangkan mengenai sistem operasi terbuka, Ubuntu. Di Malaysia, tidak ramai yang tahu apa itu Ubuntu. Bagi mereka, Ubuntu merupakan satu perkataan yang baru, yang mereka belum dapat lagi diterima sepenuhnya. Memang ada juga rakyat Malaysia yang tahu malah pakar dalam menggunakan Ubuntu ini, tetapi masih ramai lagi yang tercari-cari bagaimanakah cara untuk menginstall, menggunakan, dan melakukan pelbagai perkara dengan Ubuntu.

Seterusnya…