Ubuntu 8.04 Hardy Heron

Ubuntu 8.04 Hardy Heron sudah dilancarkan. Dan saya baru sahaja selesai mengupgrade Ubuntu saya ini. Anda bagaimana? Sudahkah mengupgrade Ubuntu anda itu? ;))

Saya upgrade terus daripada Internet. Satu malam saya biarkan Ubuntu saya mendownload segala file-file yang diperlukan. Bila bangun pagi sahaja, Ubuntu sudah menanti untuk meneruskan proses upgrade. Proses upgrade hanya mengambil masa selama 6 ke 7 minit sahaja bergantung kepada tahap kelajuan PC anda. Setelah selesai upgrade, ia akan meminta untuk direstart. So apa lagi, saya pun restart Ubuntu saya itu dan tada…, kini saya sedang menggunakan Ubuntu 8.04. Hehehe.

Sekiranya anda ingin mengupgrade Ubuntu anda itu, anda pergi ke,

System > Update Manager

Pastikan anda sudah mengupgrade segala software-software yang anda gunakan. Setelah itu, anda boleh mengupgrade Ubuntu anda itu. Akan ada satu butang seperti di bawah ini.

Seterusnya…

Komuniti Ubuntu Malaysia

Bagi saya, bukanlah Ubuntu jika tiada komunitinya. Ini kerana, Ubuntu merupakan sebuah operating system yang dijaga dan dimaintain oleh komunitinya sendiri. Komuniti Ubuntu yang paling besar sekali boleh didapati di Ubuntu Forum.

komunitiubuntumalaysia.gif

Di Malaysia, kita juga mempunyai pakar-pakar yang handal dalam Ubuntu ini. Anda boleh bertanyakan sebarang soalan dengan mereka. Jangan risau, mereka merupakan orang Malaysia juga, seperti anda. Dan sudah semestinya mereka faham bahasa Melayu. Jadi anda boleh bertanyakan soalan pada mereka dengan slang Melayu anda. :p

Seterusnya…