Setup P1 Wimax dengan Ubuntu

Saya kini tidak lagi menggunakan Celcom Broadband kerana servis Celcom Broadband di tempat saya sangat menghampakan. Namun apabila P1 Wimax tiba di kawasan saya, segera saya mendaftar bagi melihat prestasi dan kelajuan internet yang saya akan dapat.

p1wimax-01
Modem P1 Wimax yang baru, DV-230. – BlogAku.Net

Pakej yang diambil adalah Home – Plus yang berharga RM99 sebulan dengan bandwidth limit sebanyak 20GB. Setelah selesai memasang modem yang diberikan, saya cuba connect ke internet dengan menggunakan P1 Wimax dari Ubuntu. Malangnya, tiada langsung connection ke internet yang diperolehi.

Rupa-rupanya, saya kena edit sebuah file bagi membolehkan Ubuntu request IP address daripada modem P1 Wimax secara automatik.

Seterusnya…

Kenapa saya menggunakan Ubuntu?

Kenapa saya menggunakan Ubuntu? Well…saya menggunakan Ubuntu sebab dari dulu lagi saya ingin menggunakan Linux. Tetapi disebabkan komputer yang saya gunakan pada ketika itu merupakan komputer family menyebabkan saya tidak berani untuk mengubahsuai apa yang ada di situ. Sehinggalah suatu hari saya memiliki sebuah komputer sendiri dan bermula dari situ niat saya untuk menggunakan Linux semakin bertambah.

Saya menggunakan Ubuntu kerana saya ingin menggunakan operating system yang lain daripada Windows. Ye la, kalau selalu guna Windows je, saya pun akan berasa bosan. Jadi, dengan adanya Ubuntu ini, dapatlah saya explore benda-benda baru. Barulah bertambah-tambah ilmu saya ni.

Selain daripada itu, Ubuntu ini cerewet. Ini kerana tak semua device boleh digunakan dalam Ubuntu. Kalau ada device yang tidak boleh digunakan dalam Ubuntu, kita perlu mencari di internet cara-cara untuk settingkan device itu supaya ianya dapat digunakan. Dan ada kala tu, device-device yang kita perlu sesangat tidak boleh digunakan. Jadi terpaksa la tunggu next version atau fix dikeluarkan. Tetapi bagus juga. Disebabkan kecerewetan Ubuntu itu lah saya dapat pelajari perkara baru iaitu bagaimana untuk setup sesuatu device supaya compatible dengan Ubuntu.

Seterusnya…

Daftarkan Diri Sebagai Pengguna Linux

Ubuntu merupakan salah satu distro Linux. Kalau anda perasan, di bahagian sidebar laman web ini terdapat sebuah imej Tux dengan nombor pendaftaran, #470563. Itu merupakan no pendaftaran saya sebagai pengguna Linux.

Sekiranya anda merupakan seorang pengguna Linux, tidak kisah distro mana yang anda gunakan, anda boleh mendaftarkan diri di The Linux Counter untuk menjadi salah seorang pengguna Linux yang berdaftar. Pada ketika itu, saya merupakan orang yang ke 470563 mendaftarkan diri di The Linux Counter.

Seterusnya…

Kenapa perlu install Ubuntu Restricted Extras?

Owh…sudah lama saya tidak mengupdate website Ubuntu saya ini. Bukannya apa, saya sibuk pada minggu lepas. Pergi honeymoon kata orang. ;)) Jadi untuk entri pada kali ini, saya ingin berkongsi dengan anda kenapa anda perlu install Ubuntu Restricted Extras.

ubuntu-restricted.jpg

Pada masa saya mula-mula menggunakan Ubuntu, saya mempunyai masalah apabila saya ingin play DVD. Selain daripada itu, website-website yang saya lawati, kebanyakkannya menunjukkan font yang pelik. Berbeza dari apa yang sepatutnya. Namun begitu, setelah saya buat beberapa carian, akhirnya saya temui jalan penyelesaiannya. Caranya adalah dengan menginstall Ubuntu Restricted Extras.

Seterusnya…

Belajar Linux Command dan Shell Scripts

Ubuntu merupakan salah satu distro dari Linux. Dan seperti yang kita tahu, Linux banyak menggunakan command line. Tapi kini, penggunaan command line dah semakin berkurangan. Sekarang ini dah banyak command line yang telah ditranslatekan ke GUI. Namun begitu, kita tidak boleh meninggalkan command line seperti itu saja. Kita perlu juga belajar command line yang terdapat di dalam Linux. Kerana dengan command line ini, kita dapat buat sesuatu perkara itu dengan lebih advanced lagi.

linux-command.jpg

LinuxCommand.org merupakan sebuah website yang mengajar kita bagaimana untuk menggunakan command line. Saya sendiri pun masih terkial-kial dalam menggunakan command line ini. Banyak lagi command-command yang saya tidak tahu dan website LinuxCommand.org ini dapat membantu saya dan juga anda dalam mempelajari command-command yang terdapat di dalam Linux.

Seterusnya…

Penggunaan apt-get dan aptitude

Pada mula-mula saya mengenali Ubuntu, saya selalu menggunakan apt-get untuk mendownload dan menginstall software-software yang saya inginkan. Ini kerana, itulah command line pertama yang saya tahu untuk mendownload software dari Ubuntu repositories.

Namun begitu, saya juga ada terlihat sesetengah website yang menggunakan aptitude untuk menginstall software. Saya ingatkan apt-get dan aptitude ni merupakan dua benda yang berbeza. Rupa-rupanya, kedua-keduanya mempunyai fungsi yang sama cuma salah satunya ada kelebihan yang tersendiri.

apt-get

Sebagai contoh, sekiranya saya ingin menginstall sesuatu software, saya akan runkan command seperti di bawah ini

sudo apt-get install namasoftware

Command line di atas akan mendownload dan menginstall namasoftware bersama-sama dengan file-file dependencies yang diperlukan. Tetapi, apabila saya ingin membuang namasoftware dari Ubuntu saya, saya akan menggunakan command seperti berikut.

sudo apt-get remove namasoftware

Tahukah anda apakah kelemahan menggunakan apt-get ini? Memang tidak akan ada masalah ketika proses installation tetapi akan ada masalah ketika kita ingin remove software tersebut. Dengan menggunakan apt-get, ianya akan buang file namasoftware itu sahaja dan tidak akan buang file-file dependencies yang ddiinstall bersama-sama ketika proses installation tadi. Ini akan menyebabkan pembaziran space berlaku.

Seterusnya…

Cara Sebutan Ubuntu Yang Betul

Pada masa saya mula-mula mengenali Ubuntu dahulu, saya sebut sebagai “you-boon-too”. Tetapi sebutan saya itu salah. Sebutan yang betul adalah “ooo-boon-too “. Itulah sebutan yang sebetul-betulnya.

Kalau anda tidak percaya, saksikan video di bawah ini. Kita lihat siapa yang betul. Muhahahaha…

Ha! Jadi, siapa yang betul. Saya ke, anda? Sebutan Ubuntu yang betul adalah “ooo-boon-too”.

Selepas ini, kalau ada rakan-rakan anda yang sebut Ubuntu sebagai “you-boon-too” dan sebagainya, anda tolong betulkan. Ok? :D