Ubuntu 8.04 Hardy Heron
Ubuntu 8.04 Hardy Heron sudah dilancarkan. Dan saya baru sahaja selesai mengupgrade Ubuntu saya ini. Anda bagaimana? Sudahkah mengupgrade Ubuntu anda itu? ![]()
Saya upgrade terus daripada Internet. Satu malam saya biarkan Ubuntu saya mendownload segala file-file yang diperlukan. Bila bangun pagi sahaja, Ubuntu sudah menanti untuk meneruskan proses upgrade. Proses upgrade hanya mengambil masa selama 6 ke 7 minit sahaja bergantung kepada tahap kelajuan PC anda. Setelah selesai upgrade, ia akan meminta untuk direstart. So apa lagi, saya pun restart Ubuntu saya itu dan tada…, kini saya sedang menggunakan Ubuntu 8.04. Hehehe.
Sekiranya anda ingin mengupgrade Ubuntu anda itu, anda pergi ke,
Pastikan anda sudah mengupgrade segala software-software yang anda gunakan. Setelah itu, anda boleh mengupgrade Ubuntu anda itu. Akan ada satu butang seperti di bawah ini.

Kalau dah keluar butang tu, apa lagi, klik je pada butang tu dan ikut sahaja arahan yang terpapar di skrin anda. Tetapi saya ingatkan, proses untuk mendownload file-file Ubuntu itu memang lama dan memerlukan internet yang laju. Jadi, sekiranya anda rasa malas untuk mendownload, anda boleh dapatkan CD Ubuntu Hardy Heron secara percuma. Tetapi…anda kena tunggulah berminggu-minggu lamanya… ![]()
Satu je yang saya tak suka dalam Ubuntu Hardy Heron ini adalah, Firefox yang digunakan adalah Firefox 3 Beta. Saya sekarang ini sedang mencari jalan bagaimana untuk mengubahsuai address bar itu supaya apabila kita menaip URL sesuatu website, ia hanya display URL-URL yang berkaitan sahaja dan tidak termasuk title nya sekali. Hurm…



Heh….aku sedang guna gak. Ko dpt “feel” x yg hardy heron ni cam comel2 sket…hahahha…
Wess, aku rasa ada cara camne nak suh dia pemerkan link saje…tapi ktne ntah aku baca. apepun aku ske rr firefox 3 ni..beta pun kire ok gak rr..
anyway.. aku pun pengguna Ubuntu.. tapi aku belum upgrade lagi coz aku ngah final exam n kampus aku punyer wireless lembab… balik umah nanti baru aku upgrade ke Hrady Heron.. aku pun bukak blog tentang Linux ni… Senang2 jenguk lah n komen ckit…
Sir Beyta
Gnome or KDE?? which one is better???
#melayubuntu - Ada rasa ke-BEST-an yang tak terhingga. Hu3. Tu yang best sangat tu. Ye la, Ubuntu versi baru la katakan.
#Beyta - Gnome je. Baru ori…
maybe salah posting ni… aku ader terbacer ari tu komen dari seorang pembaca yang tanya macam mana nak bukak folder .chm kat Ubuntu kan…. boleh bukak dengan cara
taip ini kat terminal:::
sudo apt-get install gnochm
intall jer sampai siap. software ni diletakkan di bahagian
Application >> Accesories >> CHM Viewer..
try lah… kompem jadi…
Beyta
aku nie noob dalam Linux.. baru blaja2… not bad gakla ubuntu nie… aku gna dualboot sbab adik2 aku buntu kalo tengk linux nie.. kehkehkeh