Terima Kit Ubuntu
Pada hari ini, saya dikejutkan dengan sebuah bungkusan yang diterima melalui Pos Ekspress Malaysia. Memang jarang-jarang sekali saya menerima bungkusan seperti ini. Di muka hadapan bungkusan itu, tertera nama penuh saya bersama-sama dengan alamat yang lengkap sekali. Saya pun membukanya.

Itu dia! Saya telah menerima Kit Ubuntu yang dihantarkan oleh saudara Fahmi dari JomLinux.com. Dari luaran, ianya tampak menarik. Lagi-lagi ia dihiasi dengan kulit DVD yang sangat cantik.
Isi Kandungan Kit Ubuntu
Di dalam bekas DVD itu terdapat:
- DVD Ubuntu 8.04
- Buku panduan Ubuntu
- Sticker Ubuntu

Saya membelek-belek isi kandungan yang terdapat di dalam buku panduan tersebut. Tetapi, apa yang saya cari dahulu adalah logo ini,

Hahaha… Bagi mereka yang tidak tahu, saya juga turut serta dalam menaja projek Kit Ubuntu yang dikendalikan oleh saudara Fahmi ini. Ianya merupakan salah satu cara saya menyokong produk-produk keluaran tanah air dan juga sumber terbuka.
Di dalam Kit Ubuntu ini, anda akan diterangkan bagaimana cara untuk memasang Ubuntu 8.04 di sistem komputer anda. Terdapat dua kaedah yang ditunjukkan. Iaitu pemasangan secara,
- Dual Boot, dan
- Wubi
Kedua-dua cara itu diterangkan dengan teliti dan mudah difahami.
Kesilapan Kecil
Tetapi terdapat sedikit kesilapan yang saya jumpa di dalam Kit Ubuntu tersebut. Iaitu, di mukasurat 5, gambar untuk step ke-8 adalah sama seperti gambar yang terdapat di step ke-9. Sepatutnya gambar di step ke-8 itu diletakkan gambar untuk resize partition. Mungkin saudara Fahmi terlepas pandang mengenai perkara ini. Saya sudah beritahu pada dia mengenai kesilapan kecil ini.
Syabas!
Walaubagaimanapun, Kit Ubuntu ini sangat berguna bagi mereka-mereka yang baru ingin menggunakan Ubuntu. Ini kerana, pada ketika saya baru ingin berjinak-jinak dengan Ubuntu, saya berasa sangat takut untuk memasang Ubuntu di sistem komputer saya. Saya takut ianya mengganggu sistem Windows yang tersedia ada.
Tetapi, dengan adanya Kit Ubuntu ini, saya percaya ianya akan dapat menghilangkan rasa takut, gementar, atau resah anda kerana penerangan Kit Ubuntu ini sangat jelas dan mudah difahami.
Syabas, JomLinux!




pack ‘berharga’ percuma atau perlu byar?
Berbayar bro.
ow man!! hoho aku de dpt gak tp bkan yg ni, hoho
hoho…aku pun baru dapat pagi tadi..terkejut gak biler posmen tetiba datang umah…hehe
sori lmbt komen…sbnrnya agak jarang pi tgk web2 Linux lain psl tgk wat projek tmbhn psl Kit ni…hrp ngan projek tmbhn ni dpt promosi Kit ni lbh jauh.
Apapun, hrp bergumbira dgn kit tu..hehe..
#iezqandar – Maybe yang tu dihantar oleh pihak Ubuntu kot.
#aman – Mesti cuak-cuka je kan…
#Jom Linux – Thanks for the DVD.
@Fauzi : alhamdullillah..projek tmbhn tu dah selesai. projek ni kira aku bkk e-kedai + sistem affiliate. Leh tgk kat http://kedai.jomlinux.com
Apa la bro, ubuntu boleh download free dari website derang..kan lagi elok kalau provide free info,resources..bantuan untuk noob..
klu yg free tu xde panduan dlm bm, klu yg ni ade, so klu kite pg tndas rumah kite dgn tndas awam ape bezanye, hehe
sy br dpt th mengenai laman we nie pada ari ini…setelah saya bc semua nie saya terus jatuh hati…dan saya terus daftar …saya nk tnya mcm amner nk dpatkan buku mcm kat ats 2…saya nk…coz saya nk mgenali linux dengan secepat yang mungkin..x sabar nk guna linux..nk kenal linux dengan lebih dekat..
Saya mencari ubuntu 64 bit. Alternate kpd windows 7. Ada ke?
hmmm… syabas bro. penaja bersama tu. bila plk nak cetak shirt? buat cantik2, konfom permintaan tinggi. jual kt ipt, taruk iklan kt rangkaian blog. konfom laris. saya memang berhajat nak ni. harap boleh pertimbang kan.
saya baru jugak guna ubuntu, download dari tenet, masalahnya kurang faham lagi macamana nak gunakan ubuntu dengan lebih baik, kalau ada website2 yang bagus bolehla email kat saya…contohnya sampai sekarang saya masih belum boleh tengok vcd @dvd dengan menggunakan ubuntu…tak tahu program apa nak download..
salam BRO tumpang lalu..saya ni org baru nak mencuba linux ubuntu.
saya try install ubuntu tapi tak berjaya..saya pun pening kenapa tak boleh boot..saya menggunakan acer travelmate 2300..ni lagi satu macam mana nak dapatkan kit ubuntu tu..dan berapa harga nya..??