Komuniti Ubuntu Malaysia
Bagi saya, bukanlah Ubuntu jika tiada komunitinya. Ini kerana, Ubuntu merupakan sebuah operating system yang dijaga dan dimaintain oleh komunitinya sendiri. Komuniti Ubuntu yang paling besar sekali boleh didapati di Ubuntu Forum.
Di Malaysia, kita juga mempunyai pakar-pakar yang handal dalam Ubuntu ini. Anda boleh bertanyakan sebarang soalan dengan mereka. Jangan risau, mereka merupakan orang Malaysia juga, seperti anda. Dan sudah semestinya mereka faham bahasa Melayu. Jadi anda boleh bertanyakan soalan pada mereka dengan slang Melayu anda. ![]()
Ubuntu Malaysia merupakan sebuah website rasmi untuk komuniti Ubuntu di Malaysia. Sekiranya anda mempunyai masalah dengan Ubuntu, anda boleh mendaftarkan diri di forum Ubuntu-My dan postkan masalah anda di sana. InsyaAllah, mereka-mereka yang pakar ini akan cuba sedaya upaya untuk membantu menyelesaikan masalah anda itu.
Setakat ini, saya tidak mempunyai sebarang masalah sangat dengan Ubuntu. Sekiranya saya mempunyai masalah, saya akan cari di Ubuntu Forum kerana di sana kebanyakkan masalah sudah mempunyai jalan penyelesaiannya.
Sedikit tips dari saya, untuk mencari jalan penyelesaiannya tidaklah sukar. Anda pergi ke Google, taip “ubuntu masalah anda” (tanpa quote) dan Enter. Dari search result yang anda peroleh, anda pilih link ke Ubuntu Forum. Semoga dengan tips ringkas ini dapat membantu anda mencari jalan penyelesaian bagi masalah anda itu. ![]()




Nak tanya sikit la,
kalau pc kita dah ada windows,
buleh ke kita install ubuntu tanpa usik windows os?
Boleh je. Tapi kene install dekat partition lain la. If awak ada duit lebih, awak boleh beli hd baru and install Ubuntu dekat hd tu. Lagi senang and tak kacau mana-mana sistem pun nanti.
boleh je…kalau space partition windows ko besar,ble share dengan ubuntu ni…senang je…..
fauzi, harap hang dapat wat intro sikit pasal ubuntu ultimate, ingat nak try, tapi tak de orang intro lagi..huhu
[...] a.k.a Cypher telah melancarkan laman blog Ubuntu dalam bahasa Melayu. Selain itu, terdapat juga komuniti Ubuntu Malaysia yang tersendiri. Sekiranya anda terlalu takut untuk mencuba Ubuntu di komputer anda, anda boleh [...]
Thanks Fauzi,
masalahnya saya nak install dalam laptop, kat sini dia takde cukup space utk masuk dua hdd
tadi ada jugak try loading guna cd yang baru siap burn.
buleh tahan jugak lah..mmg banyak nak kene study sebab 1st time load.
ada jugak belek2 tengok2 kot2 buleh install dalam hdd..
ubuntu tu dapat detect 2 partition..partition windows dan satu lagi drive d tempat cadangan utk install ubuntu..tapi tengok option pilihan files sistem dia yang banyak dah jadi pening..selain ntfs ada banyak pulak files system dia..nak guna yang mana satu kalau nak install dalam partition?
Owh… he3. Yang partition tu awak pilih ext3 dan satu partition lagi awak pilih swap. ext3 tu untuk file2 ubuntu dan yang swap tu pulak untuk file2 cache seperti kat Windows.
Wah, tahniah cyper sebab launch blog baru
Baru tau lepas baca kat blog amanz
best gak guna ubuntu tapi skang aku dah tak guna sebab space kecik. Pernah gak guna yang run kat cd (lupe apa namanya. Live run? haha…)
tapi letak kat cd merata-rata. So abes begitu aja
Hu3. Dah banyak dah blog sebenarnye. Ni yang blog yang ke6.
Kalau nak guna Ubuntu, better install terus sebab kalau gune live CD (live CD bukan live run
) akan jadi lambat sebab segalanya akan dirun melalui CD.
ubuntu? baru jer instal tadi.haha newbie.. sokong open source!
Hu3. Sama la kita. Saya pun still baru dalam Ubuntu nih. Banyak lagi perkara yang perlu dipelajari.
hehee.
hidop ubuntu mesia.hidop!
ahahhaha
Bagus2. Sokonglah Ubuntu tempatan… Ha3.