Setup P1 Wimax dengan Ubuntu

Saya kini tidak lagi menggunakan Celcom Broadband kerana servis Celcom Broadband di tempat saya sangat menghampakan. Namun apabila P1 Wimax tiba di kawasan saya, segera saya mendaftar bagi melihat prestasi dan kelajuan internet yang saya akan dapat.

p1wimax-01
Modem P1 Wimax yang baru, DV-230. - BlogAku.Net

Pakej yang diambil adalah Home - Plus yang berharga RM99 sebulan dengan bandwidth limit sebanyak 20GB. Setelah selesai memasang modem yang diberikan, saya cuba connect ke internet dengan menggunakan P1 Wimax dari Ubuntu. Malangnya, tiada langsung connection ke internet yang diperolehi.

Rupa-rupanya, saya kena edit sebuah file bagi membolehkan Ubuntu request IP address daripada modem P1 Wimax secara automatik.

Update
30 August 2009: Rupa-rupanya terdapat dua kaedah sekiranya anda mempunyai masalah tiada connection jika menggunakan P1 Wimax. Iaitu samada edit file /etc/network/interfaces ataupun dengan edit file /etc/NetworkManager/nm-system-settings.conf. Gunakan salah satu kaedah sahaja.

Kaedah Pertama: /etc/network/interfaces

Di dalam Terminal, masukkan command ini:

cd /etc/network/
cp interfaces interfaces_bak
gksudo gedit interfaces

Di dalam file interfaces, tambahkan line yang diboldkan di atas iface eth0 inet dhcp (bergantung pada network interface yang digunakan).

auto eth0
iface eth0 inet dhcp

Save file tersebut dan keluar dari Gedit. Di dalam Terminal, restart network dengan run command di bawah ini,

sudo service networking restart

Kaedah Kedua: /etc/NetworkManager/nm-system-settings.conf

Untuk kaedah kedua, kita menggunakan Network Manager untuk menguruskan interface yang ada di dalam Ubuntu kita. Untuk itu, di dalam Terminal taip,

cd /etc/NetworkManager/
sudo cp nm-system-settings.conf nm-system-settings.conf_bak
sudo gedit nm-system-settings.conf

Di dalam file nm-system-settings.conf, tukarkan false kepada true seperti di bawah,

[ifupdown]
managed=true

Setelah selesai edit file tersebut, save dan keluar dari Gedit. Di dalam Terminal, restart network dengan run command di bawah ini,

sudo service networking restart

Selepas sahaja servis networking itu direstart, interface eth0 akan mempunyai IP address daripada P1 Wimax modem dan bolehlah anda melayari internet seperti biasa.

Post to Twitter Post to Delicious Post to Digg Post to Facebook Post to MySpace Post to Reddit Post to StumbleUpon

25 Komen untuk “Setup P1 Wimax dengan Ubuntu”

  1. syaza August 22nd, 2009 4:11 pm

    prestasinya camne?

  2. megat August 22nd, 2009 4:18 pm

    erm, akan datang boleh rujuk sini. terima kasih atas info bagus ini!

    tapi kejiranan aku belum nampak kewujudan p1 wimax lagi. klu dah ada seberapa segera aku pegi register ha3.

  3. Fauzi August 22nd, 2009 5:01 pm

    #syaza - Saya rasa ianya lebih laju bila digunakan dalam Ubuntu. Tetapi kalau download, tidak pasti pulak macam mana.

    #megat - Memang berbaloi P1 Wimax ni. Kalau ada, jangan la tak register. Hehehe...

  4. iezqandar August 23rd, 2009 3:24 pm

    bro, kasi test la, nak tau gak, download+upload hehe

  5. Fauzi August 23rd, 2009 10:02 pm

    Huhuhu... Akan diusahakan bro...

  6. iezqandar August 24th, 2009 9:26 am

    Hehe.. i'll be waitin' ok. hehe

  7. Fauzi August 30th, 2009 7:02 am

    Average speed download file guna DownThemAll dalam 135kbps je. Kalau dalam Windows guna Internet Download Manager, lagi laju. Boleh dapat maintain 175kbps.

  8. iezqandar September 1st, 2009 3:46 pm

    hmmm... kurang tuh, klu IDM support Linux kan bgus..

  9. Fauzi September 1st, 2009 10:13 pm

    Aah. Memang kurang kalau nak dibandingkan dengan IDM. :D

  10. iezqandar September 2nd, 2009 3:44 am

    lagi satu, P1 ni xsume tmpat ade, cam tmpat aku xde.. myb diorg nak save bndwh kot.

  11. Fauzi September 2nd, 2009 5:23 am

    Yup! Maybe jugak. Takpun sebab device untuk setup dia mahal.

  12. jepah October 13th, 2009 4:24 pm

    dulu saya sgt suka menggunakan IDM. konon- kononnya itulah downloader y plg laju. tp selepas kenal ubuntu, join forum- forum, baca blog user ubuntu sbnarnya ada downloader y lg laju dr IDM tu, iaitu command lftp.

    otai2 linux msti guna lah command ni. tp bukan tuk download la. newbie mcm saya ni je y pki bnda tu tuk download...haha. siyes laju gile. cuma lftp ni x sume bleh download, http, https dan beberapa lagi. saya xtau sgt. try n error je.

  13. iezqandar October 13th, 2009 7:36 pm

    lftp.. try download link dari mediafire bleh x? hehe~

  14. jepah October 14th, 2009 8:24 pm

    dari mediafire la paling laju bro. guna pget

    lftp -c 'pget -n 100 http://.alamat mediafire'

    nk taruk 100 ke, 50 ke, terpulang. alamat mediafire tu right klik kt link, copy link location.

    klu tbe2 stop download atau mcm hang, adjust kt nilai 100 tuh, ltak nilai kecik cket.

    saya download guna wifi kolej je, bedesup tinggal kawan yang download pakai IDM...hahaha

  15. iezqandar October 15th, 2009 7:33 pm

    wah.. best, kone try nih.. klu yg pkai 1 conn. jek cam megaupload / rapidshare? laju x? hoho

  16. jepah October 16th, 2009 8:19 am

    rapidshare xleh la, sbb xlah nak copy link. kan dia suh tekan button, xleh la nk copy link...hohoho. tu la, lftp ni limit sikit function dye sbb dye bukan utk download sebenanye.

    selalunye otai2 linux suggest guna multiget utk rapidshare, sy x pakai sgt rapidshare. linux ni blom ad downloader y ckop bgos... buat ms skrg lftp pn bleh la...haha

  17. ALEXANDER YEE October 23rd, 2009 3:09 am

    bila P1 wimax akan tiba ke Sarawak..?? harap2 secepat yg mungkin..i dah give up dgn yg lain..mcm2 mslh..usage limit lah..dh lh coverage xluas..speed lambat lagi tu..!

  18. rosdirosli January 19th, 2010 9:06 pm

    ubuntu 8 boleh connect x dgn p1 wimax?

  19. crse7en February 2nd, 2010 7:06 pm

    saya hairan mengapa broadband lain nak bersaing lagi dengan p1wimax..aku ni kira budak baru dalam tenet ni...celcom,digi,tm dan maxis aku dah pakai...bukan apa celcom blueciub aku bayar RM120..maxis rm128.. tm jgn cakap ler..so aku suka tengok youtube video and downloader file...lepas aku mandi n cuci baju belum habis transfer data..download jgn cakap lepas aku balik kerja baru siap..tapi dengan wimax semua selamat boleh tengok movie dekat winamp lg..video naruto pun tak payah nak beli dvd lagi..wayang baru kalau tak pg panggung tengok kat pc jer...baru RM99..berbaloi tau...

  20. iezqandar February 3rd, 2010 12:22 am

    lumrah dunia bro, xde saingan, xde improvement, so kene pndai pilih la~ dulu streamyx pun bukan men laju lg, sbab blockage dia rendah time tu xramai yg mmpu pkai tenet, tp skang ni dah ramai sgt pkai streamyx, tu yg lombab tu, mybe wimax ni klu dia ximprove dr mase ke smase, dia akan jd cam streamyx skang ni, siput hoho~

  21. Ikrami March 28th, 2010 12:51 pm

    Untuk Wiggy pulak macam mana? USB tak detect langsung. Tapi dalam windows dlm virtualbox boleh. Jadi....dalam Ubuntu, saya hanya surfing dlm virtualbox saja...hu3

  22. kancil80 June 29th, 2010 10:48 am

    bro macam mane plak kalau dengan opensuse,,,
    laptop gua pakai opensuse,,adakah pakai kaedah yg sama gak??

  23. rine December 27th, 2010 3:49 am

    in english plz...

  24. Fauzi December 30th, 2010 11:12 am

    Untuk Wiggy saya tak pasti. Saya belum test lagi Ubuntu dengan Wiggy 4G saya.

  25. budakbudak January 4th, 2011 5:28 pm

    mcm mana sy nak uninstall p1 wimax sy ?

Tinggalkan Komen Anda