Penggunaan apt-get dan aptitude
Pada mula-mula saya mengenali Ubuntu, saya selalu menggunakan apt-get untuk mendownload dan menginstall software-software yang saya inginkan. Ini kerana, itulah command line pertama yang saya tahu untuk mendownload software dari Ubuntu repositories.
Namun begitu, saya juga ada terlihat sesetengah website yang menggunakan aptitude untuk menginstall software. Saya ingatkan apt-get dan aptitude ni merupakan dua benda yang berbeza. Rupa-rupanya, kedua-keduanya mempunyai fungsi yang sama cuma salah satunya ada kelebihan yang tersendiri.
apt-get
Sebagai contoh, sekiranya saya ingin menginstall sesuatu software, saya akan runkan command seperti di bawah ini
Command line di atas akan mendownload dan menginstall namasoftware bersama-sama dengan file-file dependencies yang diperlukan. Tetapi, apabila saya ingin membuang namasoftware dari Ubuntu saya, saya akan menggunakan command seperti berikut.
Tahukah anda apakah kelemahan menggunakan apt-get ini? Memang tidak akan ada masalah ketika proses installation tetapi akan ada masalah ketika kita ingin remove software tersebut. Dengan menggunakan apt-get, ianya akan buang file namasoftware itu sahaja dan tidak akan buang file-file dependencies yang ddiinstall bersama-sama ketika proses installation tadi. Ini akan menyebabkan pembaziran space berlaku.
aptitude
Oleh itu, cara yang terbaik untuk anda menginstall software di dalam Ubuntu adalah dengan menggunakan command aptitude. Sebagai contoh, sekiranya anda ingin mendownload dan menginstall namasoftware, anda gunakan command line seperti ini.
Command line di atas akan mendownload namasoftware dan akan juga mendownload segala file-file dependencies yang diperlukan ke Ubuntu anda. Dan sekiranya anda ingin membuang software tersebut, anda hanya perlu run command di bawah ini.
Kelebihan menggunakan aptitude adalah, ia akan merekod segala dependencies file yang diinstall bersama-sama dengan software tersebut. Dan apabila anda ingin membuang software itu, aptitude akan turut buang segala file-file dependencies yang tidak lagi digunakan. Dengan cara ini, pembaziran ruang hard disk tidak berlak dan ianya akan meringankan sistem kita.
Perlu diingatkan juga, adalah lebih baik kita mengupdate Ubuntu kita terlebih dahulu sebelum kita menginstall apa-apa software baru. Untuk berbuat demikian, anda hanya perlu menaip
Command line ini akan mengupdate Ubuntu anda dan seterusnya akan mendownload dan menginstall namasoftware itu. Lebih mudah bukan?
Oleh itu, sekiranya anda ingin mendownload dan menginstall software baru dari repositories, gunakanlah aptitude. Ianya lebih menyenangkan anda di hari kelak.



apt-get boleh gak delete semua
apt-get remove –purge software
yg dependencies akan jd autoremoveable boleh uninstall dgn
apt-get autoremove
semuanya bergantung kepada kebiasaan sendiri,aptitude kadang-kadang aku tersilap eja walaupun ada auto complete,so apt-get jd pilihan
Ada guna satu software ni yang akan check dependencies yang tak digunakan. Lupa pulak nama dia sebab skang ni tengah online dari Windows. If dalam Ubuntu leh la bagitau. Tak ingat la nama dia.
debophan ke? ni bleh gak kasi cuci semua yang mana tak pakai keke
Ha…tu la nama dia. Ada dua version kan? Satu yang guna command dan satu yang guna GUI. Dua-dua sama je fungsi dia. Buang deb yang tak digunakan lagi.
The best thing I find ubuntu is it does improves command line friendliness, if you type some command that you haven’t install but exist in your repo, it suggest you what to apt-get.