Kenapa saya menggunakan Ubuntu?
Kenapa saya menggunakan Ubuntu? Well...saya menggunakan Ubuntu sebab dari dulu lagi saya ingin menggunakan Linux. Tetapi disebabkan komputer yang saya gunakan pada ketika itu merupakan komputer family menyebabkan saya tidak berani untuk mengubahsuai apa yang ada di situ. Sehinggalah suatu hari saya memiliki sebuah komputer sendiri dan bermula dari situ niat saya untuk menggunakan Linux semakin bertambah.
Saya menggunakan Ubuntu kerana saya ingin menggunakan operating system yang lain daripada Windows. Ye la, kalau selalu guna Windows je, saya pun akan berasa bosan. Jadi, dengan adanya Ubuntu ini, dapatlah saya explore benda-benda baru. Barulah bertambah-tambah ilmu saya ni.
Selain daripada itu, Ubuntu ini cerewet. Ini kerana tak semua device boleh digunakan dalam Ubuntu. Kalau ada device yang tidak boleh digunakan dalam Ubuntu, kita perlu mencari di internet cara-cara untuk settingkan device itu supaya ianya dapat digunakan. Dan ada kala tu, device-device yang kita perlu sesangat tidak boleh digunakan. Jadi terpaksa la tunggu next version atau fix dikeluarkan. Tetapi bagus juga. Disebabkan kecerewetan Ubuntu itu lah saya dapat pelajari perkara baru iaitu bagaimana untuk setup sesuatu device supaya compatible dengan Ubuntu.
Saya menggunakan Ubuntu disebabkan ianya boleh didapati secara percuma di laman web Ubuntu. Kalau anda merupakan seorang pengguna Windows dan ingin menggunakan Ubuntu, dapatkan CD percuma dari Ubuntu di laman tersebut. Saya sudah mempunyai beberapa siri CD Ubuntu. Bermula dari keluaran Feisty Fawn sehinggalah yang terkini iaitu Hardy Heron.
Namun begitu, ingin saya ingatkan kepada anda semua, jangan takut menggunakan Ubuntu dan jangan takut untuk merosakkan PC anda. Kerana, tanpa kerosakan itu, anda tidak akan belajar bagaimana untuk menggunakan Ubuntu. Sudah banyak kali saya menginstall Ubuntu ini disebabkan kerakusan saya dalam menggunakan Ubuntu. Jadi...soalan saya kepada anda pula, kenapa anda menggunakan Ubuntu. Ha, jawab!!!




bg saya..saya suka mencuba os
ubuntu always be free
ship it method
better community support
but for multimedia works out of the box, I'l choose mint, mepis, pclinuxos, mandriva or sabayon linux distros
saya masih tak tau apa itu ubuntu.
my bro ada guna ubuntu, tapi saya tak tau
wa.. feisty fawn.. lame juge tu..
saye gune ubuntu juge..
tapi masih dual-boot dgn windows xp kerana obesesi mau main game.. haha
ubuntu pertama sy Ubuntu 5.04.. yang mana abg sy yg request sy pakai je.. request 10 plak tu.. ade lagi lebihan cdnye..
sejak aku guna linux.. dari ubuntu ..opensuse.. pclinuxos .. skang ni aku pakai pcos2009 nnt nak pomat install opensuse 11.1 pastu letak ubuntu dalam virtualbox.. huhuhu.. kira geng2 debian ni mudah nak install la..
add aku YM gravegoblin
p/s sama2 pandai linux
saya merupakan pengguna windows xp.
saya menggunakan netbook acer aspire one..
berikut ialah spefikasi netbook saya:-
1)intel atom cpu z520 1.33 ghz
2)Intel graphics media accelarator 500
3)2 gb ram
4) windows xp service pack 3
5) no cd rom
soalan saya ialah :-
1) yg manakah di antara ubuntu karmic koala atau ubuntu netbook remix sesuai untuk netbook saya??