Kenapa perlu install Ubuntu Restricted Extras?
Owh…sudah lama saya tidak mengupdate website Ubuntu saya ini. Bukannya apa, saya sibuk pada minggu lepas. Pergi honeymoon kata orang.
Jadi untuk entri pada kali ini, saya ingin berkongsi dengan anda kenapa anda perlu install Ubuntu Restricted Extras.

Pada masa saya mula-mula menggunakan Ubuntu, saya mempunyai masalah apabila saya ingin play DVD. Selain daripada itu, website-website yang saya lawati, kebanyakkannya menunjukkan font yang pelik. Berbeza dari apa yang sepatutnya. Namun begitu, setelah saya buat beberapa carian, akhirnya saya temui jalan penyelesaiannya. Caranya adalah dengan menginstall Ubuntu Restricted Extras.
Ubuntu Restricted Extras mempunyai codec untuk MP3, Flash plugin, DVD codec, Windows fonts dan macam-macam lagi. Ianya bermaksud, segalanya telah dicompresskan dalam satu application bagi memudahkan anda mendapatkan segala codec dan Windows fonts yang anda inginkan.
Untuk menginstall Ubuntu Restricted Extras tidaklah sesukar mana. Pergi ke Applications > Add/Remove dan satu window seperti gambar di atas akan dipaparkan. Pastikan anda pilih All available applications pada bahagian Show. Kemudian, di kotak Search anda taip “restricted” (tanpa quotes) untuk mencari Ubuntu Restricted Extras. Kemudian, tick pada kotak di sebelah Ubuntu Restricted Extras dan click pada Apply Changes.
Ubuntu akan mendownload file-file Ubuntu Restricted Extras. Setelah selesai mendownload, Ubuntu akan install semua file-file tadi ke Ubuntu anda. Ini termasuklah codec-codec DVD, Windows fonts dan sebagainya. Dengan ini, anda tidak lagi perlu berasa sedih kerana tidak dapat play DVD atau merasa rindu pada font-font Windows. ![]()




masalah nak main file RealPlayer ext. ram, rmvb, tolong bagi panduan.
dah try vlc?
http://www.videolan.org/vlc/
Agas, kalau nak play format real media (rm/rmvb) kena ader real player… cube install real player… kalau nak yang paling latest real player kau google jer real player linux… nanti kuar lah ke mana kau nak pegi…
@agas : ko leh guna MPlayer, tp kena install codec..
wget http://www.mplayerhq.hu/MPlayer/releases/codecs/essential-20071007.tar.bz2
tar -jxvf essential-*.bz2
cd essential-20071007
sudo mkdir /usr/lib/codecs
sudo cp * /usr/lib/codecs
sudo apt-get install libstdc++5