Daftarkan Diri Sebagai Pengguna Linux
Ubuntu merupakan salah satu distro Linux. Kalau anda perasan, di bahagian sidebar laman web ini terdapat sebuah imej Tux dengan nombor pendaftaran, #470563. Itu merupakan no pendaftaran saya sebagai pengguna Linux.
Sekiranya anda merupakan seorang pengguna Linux, tidak kisah distro mana yang anda gunakan, anda boleh mendaftarkan diri di The Linux Counter untuk menjadi salah seorang pengguna Linux yang berdaftar. Pada ketika itu, saya merupakan orang yang ke 470563 mendaftarkan diri di The Linux Counter.
Jadi, sekiranya anda ingin menunjukkan diri sebagai seorang penyokong dan juga pengguna Linux, daftarkanlah diri anda di The Linux Counter dan paparkan ia di laman web, Friendster, Facebook dan di mana saja yang anda suka.
BTW kalau anda sudah mendaftarkan diri di The Linux Counter, sudi-sudikanlah kongsikan nombor pendaftaran anda. Saja nak tahu anda menggunakan Linux dari negeri mana. ![]()




macam no pekerja pulak..tp bagus lerrr
Aah. Macam no pekerja. Hu3.
Dulu dah daftarmindaict.blogspot.com, tapi dulu lah. Tak ingat dah nombornya. Login pun lain, dah lupa.
ok tq atas info~
no pendaftaran sy 476705 nak abik kat mn code tu erk utk letak kat web aar
Ada dekat laman web tersebut. Cuba awak tengok balik.
caranye daftar tuk jadi penguna linux bantuindong
haa..aku nk try daftar..tp error la plak..tgu paling lewat lapan december bleh laa kot..haaa...