Belajar Linux Command dan Shell Scripts
Ubuntu merupakan salah satu distro dari Linux. Dan seperti yang kita tahu, Linux banyak menggunakan command line. Tapi kini, penggunaan command line dah semakin berkurangan. Sekarang ini dah banyak command line yang telah ditranslatekan ke GUI. Namun begitu, kita tidak boleh meninggalkan command line seperti itu saja. Kita perlu juga belajar command line yang terdapat di dalam Linux. Kerana dengan command line ini, kita dapat buat sesuatu perkara itu dengan lebih advanced lagi.

LinuxCommand.org merupakan sebuah website yang mengajar kita bagaimana untuk menggunakan command line. Saya sendiri pun masih terkial-kial dalam menggunakan command line ini. Banyak lagi command-command yang saya tidak tahu dan website LinuxCommand.org ini dapat membantu saya dan juga anda dalam mempelajari command-command yang terdapat di dalam Linux.
Tutorial yang dibuat dijalankan step-by-step. Kiranya, anda akan mengikuti dengan menggunakan command yang mudah dahulu. Command-command yang asas seperti cd, file, ls, cp, dan sebagainya. Dan semakin jauh anda belajar, semakin advanced command line yang digunakan. Parameter yang boleh digunakan turut bertambah.
Jadi, sekiranya anda ingin belajar command di dalam Linux, anda boleh rujuk di website tersebut. Selain daripada command line, ia juga mempunyai tutorial bagaimana untuk menulis shell scripts. Saya pun masih baru lagi dalam bab-bab menulis shell scripts ni. Dari perkataan, macam best je bunyi dia. Mana la tau selepas habis saja saya belajar menulis shell scripts ni, saya dapat buat Alarm Clock yang lebih advanced daripada saudara Novatech. ![]()




kalau punya tutorial linux command line tolong share di emailku ya,,,
oh… aku ade ebook guide to command and linux shell… banyak contoh2 nye… nanti aku upload and papar kat blog aku…
ape2 nanti aku info kat sini k..