Theme Gnome Menarik Untuk Ubuntu 9.04 Jaunty Jackalope
Semasa sedang sibuk melayari Internet dengan Ubuntu 9.04 – Jaunty Jackalope, tiba-tiba terasa bosan dengan Default theme yang sedang digunakan. Jadi, bermulalah sesi mencari theme-theme yang menarik untuk digunakan pada Ubuntu 9.04.
Dalam asyik mencari itu, terjumpa sebuah website yang menyediakan beberapa theme yang menarik dan cantik. Theme-theme ini disediakan oleh François Vogelweith dari Bisigi Project Team. Di antara kelebihan theme ini adalah, ianya boleh dipasang dengan hanya menaip command dalam Terminal sahaja.
Berikut merupakan theme-theme yang boleh anda pilih,





Sebelum itu…
Tetapi sebelum itu, beberapa perubahan perlu dilakukan terlebih dahulu.
1. Buka file sources.list
sudo cp sources.list sources.list_bak
sudo gedit sources.list
2. Masukkan baris di bawah ini ke dalam file sources.list
deb-src http://ppa.launchpad.net/bisigi/ppa/ubuntu jaunty main
3. Kemudian, tambahkan GPG Key dengan command ini,
4. Akhir sekali, kemaskini senarai source dengan menaip,
Kemudian, baru boleh…
Setelah segalanya sudah selesai, bolehlah anda memasang theme-theme yang anda suka. Sekiranya anda ingin memasang kesemua theme yang terdapat di laman tersebut, anda hanya perlu taip,
Tetapi, sekiranya anda hanya ingin memasang hanya satu atau dua theme yang anda minat, anda boleh menggantikan nama zgegblog-themes dengan nama theme itu sendiri. Seperti ini,
sudo aptitude install balanzan-theme
sudo aptitude install infinity-theme
sudo aptitude install wild-shine-theme
sudo aptitude install exotic-theme
sudo aptitude install tropical-theme
sudo aptitude install bamboo-zen-theme
sudo aptitude install step-into-freedom-theme
sudo aptitude install ubuntu-sunrise-theme
sudo aptitude install aquadreams-theme
Jika tidak mahu…
Dan mana la tahu kalau-kalau anda sudah tidak berminat lagi untuk menggunakan theme tersebut dan ingin membuangnya dari Ubuntu 9.04, anda hanya perlu menaip command seperti anda buang application dari sistem Ubuntu anda seperti ini,
sudo aptitude remove <nama theme>
Setakat ini saya masih bergembira dengan theme Bamboo Zen. Wallpaper dia sangat menarik dan terasa tenang bila melihatnya. Anda pula bagaimana?




[...] ada sapa-sapa berminat dengan themes nih dan nak tau camne nak install please refer kat website IAmNewbie. Tutorial yang ditunjukkan mudah untuk [...]
salam…
aku ada prob dgn langkah no 3 tu..kt mana nk tambah GPG key tu ek?aku xphm la..kat terminal ke kat sources list?.
Taipkan command dalam Terminal. Bukan masukkan dalam file sources.list.
tp bile aku taip gpg -keyserver……………….die tulis (gpg: conflicting commands).nape ek?
Fauzi..aku nk minta tlg ko skit ni..
ko tau x nk set sharing network?.umah aku ni ada 3 komp..aku pakai switch model d-link..skrg aku sorg jek leh pakai tenet..aku pakai ubuntu..bru install smlm..xtau pe2 lg ni..hehehe…mcm mane nk share network ek?.arap ko dpt tlg aku..aku org bru lg dlm ubuntu ni..
file sources.list. nak amik kat mana…tolong saya budak baru belajar
nak tengok cara masukkan GPG Key secara video boleh lihat di sini. http://tr.im/zgjI
Tankz man..all the themes are awesome!!
Saya sangat berminat dalam dunia perkomputeran tetapi saya kurang arif dalam aplikasi ubuntu….adakah penggunaan ubuntu sama seperti penggunaan os yang ada pada mac
http://ituhakanda.blogspot.com/2010/06/muka-depan.html(hak anda,hari pengguna,pengguna malaysia, pengguna remaja, pengguna)
quzamian-nuur.blogspot.com(rekaan,upah mereka, laman web, rekaan web)