Download Manager di dalam Ubuntu
Di dalam Windows, saya akan menggunakan Internet Download Manager (IDM) sebagai download manager saya. Saya sangat berpuas hati dengan prestasi yang diberikan oleh IDM. Bukan sahaja ia dapat download dengan begitu laju sekali, malah ia juga cekap dalam melaksanakan tugasnya. Tetapi, bagaimana pula dengan Ubuntu? IDM tidak boleh digunakan dalam Ubuntu. Jadi, download manager apa yang saya gunakan sebagai pengganti Ubuntu?
Jawapannya adalah, DownThemAll (dTa).
Dulu, saya pernah mencuba dTa di dalam Windows ketika saya menggunakan browser Firefox. dTa tidak kurang hebatnya dengan IDM. Dari segi kepantasan ia mendownload sesebuah file dan juga dari segi ia manage file-file yang sudah didownload, dTa boleh ditempatkan berdekatan dengan IDM. Di tempat kedua mungkin. Cuma kelebihan IDM adalah, IDM mempunya lebih banyak features berbanding dengan dTa. Sekiranya anda menggunakan Ubuntu, dTa merupakan download manager yang terbaik untuk anda.
Setakat ini, saya gembira kerana dTa dijadikan sebagai extension untuk Firefox. Sekiranya tiada Firefox, tidak mungkin dTa akan wujud bukan? Dan akan menjadi satu keluhan kerana tiada download manager di dalam Ubuntu. Oleh itu, bagi mereka-mereka yang mencari download manager yang terbaik untuk Ubuntu, gunalah dTa. Rasakan sendiri bagaimana prestasinya dan berkongsilah pengalaman anda dengan kami semua.




camner nak installnyer?
Erks! Yang tu ada terdapat dekat Firefox add-on.
x de software dalam ubuntu untuk manage kita punya download.linux ni kan berasaskan internet.