BloGTK – Desktop Blogging Client untuk Ubuntu

Walaupun saya boleh mengemaskini blog dengan menggunakan Admin Dashboard di dalam Wordpress, tetapi saya lebih gemar untuk menaip secara offline. Di dalam Windows, saya menggunakan perisian BlogDesk, sebuah perisian yang percuma dan mempunyai features yang berguna untuk seseorang pengendali blog. Tetapi di dalam Ubuntu, BlogDesk tidak boleh digunakan walaupun saya menggunakan Wine, sebuah aplikasi yang membolehkan perisian Windows dijalankan di dalam Ubuntu.
Oleh sebab itu, BloGTK menjadi pengganti kepada BlogDesk saya. BloGTK yang ditulis dengan menggunakan bahasa pengaturcaraan Python merupakan salah satu di antara desktop blogging client untuk Ubuntu. Namun begitu, sudah semestinya BloGTK tidak dapat menandingi kehebatan BlogDesk.
Sebagai contoh, BloGTK tidak mempunyai feature WYSIWYG, schedule post, upload gambar, dan sebagainya. Tetapi, ia mempunyai perkara-perkara asas yang sudah mencukupi untuk seseorang mengemaskini blog mereka dengan Ubuntu.
Semasa saya mula menginstall aplikasi BloGTK, saya mengalami masalah di mana BloGTK telah crash dan tidak dapat dijalankan. Ianya berlaku disebabkan BloGTK versi 1.1-2ubuntu2 yang terdapat dalam pakej aplikasi Ubuntu tidak sesuai digunakan dalam Ubuntu 9.04 – Jaunty Jackalope. Tetapi patch version 1.1-2ubuntu2.9.04 telah dikeluarkan dan ianya boleh didownload di sini.
Dengar cerita, BloGTK versi 2.0 akan dikeluarkan tidak lama lagi. Versi terbaru ini mempunyai lebih banyak features dan juga menyokong lebih banyak platform. Bilakah tarikh sebenar ia akan keluar, saya pun tidak tahu kerana versi tersebut masih lagi dalam peringkat percubaan sebelum dapat dikeluarkan kepada umum. Jadi, sementara menunggu versi tersebut dikeluarkan, kita guna dahulu BloGTK yang sedia ada.
Seperti yang saya katakan tadi, BloGTK merupakan salah satu desktop blogging client untuk Ubuntu. Selain daripada BloGTK, terdapat beberapa lagi desktop blogging client yang boleh kita gunakan seperti ScribeFire. Mungkin selapas ini saya akan mencuba ScribeFire pula. Diharapkan ScribeFire tidak terlalu mengecewakan.
Kepada para pengendali blog yang menggunakan Ubuntu, aplikasi pakah yang anda gunakan untuk desktop blogging client anda? Mari kongsikan bersama tips dan panduan tersebut dengan menghantarkan komen di ruangan di bawah ini.




Tinggalkan Komen Anda