AVG AntiVirus percuma untuk Ubuntu
Di dalam Windows, sudah semestinya kita memerlukan antivirus bagi menjaga dan melindungi PC kita daripada ancaman virus. Tetapi di Ubuntu, perlukah kita menginstall antivirus? Bagi saya, walaupun Ubuntu selamat daripada ancaman virus disebabkan architecture Ubuntu sendiri yang melindungi sistem operasinya, tetapi ia tidak bermaksud Ubuntu kita benar-benar selamat daripada serangan virus.

Yang saya tahu, terdapat dua antivirus yang boleh digunakan untuk Ubuntu. Iaitu, ClamAV dan juga AVG. Saya pernah menggunakan ClamAV tetapi tidak berminat dengan cara penggunaannya yang kompleks. Ianya lebih sesuai kepada pengguna Ubuntu yang advanced.
Tetapi saya yang masih lagi newbie (nama website pun I Am Newbie kan…) dalam Ubuntu ini memilih AVG sebagai antivirus Ubuntu saya. Cara untuk menginstall dan menggunakan AVG lebih mudah.
1. Download file .deb AVG for Linux Workstation.
2. Runkan file .deb tersebut bagi memulakan proses installation.
3. Setelah ianya selesai, pergi ke System > Preferences > Main Menu
4. Di dalam Menu, double click AVG for Linux Workstation di Applications > Accessories.

5. Gantikan avggui dengan gksudo avggui. Ini bertujuan untuk menjalankan AVG dalam mode admin bagi membolehkan anda mengupdate database antivirus tersebut. Close window tadi.
6. Setelah itu, anda bolehlah run AVG di Applications > Accessories > AVG for Linux Workstation.

Mudah sahaja bukan? Dalam 6 langkah, anda sudah berjaya menginstall antivirus di dalam Ubuntu anda. Jadi apa yang anda perlu lakukan sekarang adalah, update definition AVG anda itu dan lakukan scan terhadap keseluruhan sistem anda.



thanks… information yang menarik.. lame tak update?
bro…stakat ni aku xde lg niat nk jd org pertama yg jmpe virus dlm ubuntu…
pnat aku scan…haha
agak2 la ada org nak buat virus x kat linux ni.
nak tanya ckit,macam mana nak selesaikan masalh
buffer i/o error on device fd0, logical block 0
masalah ni masa saya boot live cd kat cd rom saya.
tolong bantu ye….
#Beyta - Busy la sekarang ni. Dats why tak dapat nak update selalu tu.
#melayubuntu - Hu3. Sama la. Scan2 pun tak jumpa gak virus. If jumpa, mesti jadi orang pertama dalam sejarah.
#sarah - Urm…tak pasti pulak saya. Saya tak pernah lagi alami masalah sebegitu.
wah, informasi yg sangat berguna, cheers
kalau ada penemuan2 baru tu update lah erk~