About
Selamat datang ke laman web Ubuntu Newbie Malaysia. Saya Fauzi Mohd Darus, merupakan penulis dan pemilik laman web ini. Saya masih baru dalam dunia Ubuntu ini. Terdapat banyak perkara yang saya perlu tahu dan belajar mengenainya. Jadi, janganlah tanyakan pada saya soalan-soalan yang sukar kerana saya masih newbie. Namun begitu, saya akan cuba menjawab sebaik yang mungkin dengan setiap pertanyaan yang diajukan. ![]()
Di Malaysia, terdapat ramai pengguna Ubuntu. Ada yang sudah lama menggunakan Ubuntu dan ada juga yang baru berjinak-jinak dengan Ubuntu. Saya adalah dikalangan mereka yang baru berjinak-jinak dengan Ubuntu. Jadi, saya adalah sama seperti anda. Pengguna baru Ubuntu.
Niat saya mengadakan laman web Ubuntu Newbie Malaysia ini adalah untuk berkongsi dengan anda mengenai tips-tips, aplikasi, dan segala apa yang saya perolehi sepanjang saya mendalami dan mempelajari ilmu Ubuntu ini. Saya memfokuskan laman ini kepada pembaca-pembaca daripada Malaysia dan juga kepada semua pembaca-pembaca yang ingin belajar menggunakan Ubuntu dalam bahasa Melayu.
Sekiranya anda ingin menghubungi saya, anda bolehlah ajukan soalan tersebut dengan emailkan pada saya di
. Saya akan balas setiap email anda jika saya berkesempatan. Sekiranya saya lambat untuk membalasnya, berikan saya masa kerana saya memang sibuk dengan tugasan harian.
Akhir kata, saya harapkan laman web Ubuntu Newbie Malaysia ini akan dapat membantu anda dalam mempelajari dan menggunakan Ubuntu dengan mendalam. Walaupun kita newbie, tetapi kita tetap pengguna Ubuntu. ![]()
- Fauzi Mohd Darus (Ubuntu Newbie Malaysia)


