Install font .pcf ke dalam Ubuntu 9.04 Jaunty Jackalope

Saya ada sebuah theme yang saya suka. Nama theme tersebut adalah Silent Night. Walaupun saya telah berjaya menginstall theme tersebut secara manual tetapi terdapat satu masalah yang perlu diselesaikan.

Theme tersebut memerlukan font cure.pcf dari artwiz-aleczapka. Cara untuk install font .pcf pula lain dari yang lain dan tidak sama seperti kita install font .ttf.

Berikut merupakan langkah yang saya ambil untuk install font .pcf ke dalam Ubuntu 9.04 (Jaunty Jackalope). Di dalam artikel ini saya menggunakan font pack dari Artwiz Aleczapka.

Seterusnya...

BloGTK - Desktop Blogging Client untuk Ubuntu

Walaupun saya boleh mengemaskini blog dengan menggunakan Admin Dashboard di dalam WordPress, tetapi saya lebih gemar untuk menaip secara offline. Di dalam Windows, saya menggunakan perisian BlogDesk, sebuah perisian yang percuma dan mempunyai features yang berguna untuk seseorang pengendali blog. Tetapi di dalam Ubuntu, BlogDesk tidak boleh digunakan walaupun saya menggunakan Wine, sebuah aplikasi yang membolehkan perisian Windows dijalankan di dalam Ubuntu.

Oleh sebab itu, BloGTK menjadi pengganti kepada BlogDesk saya. BloGTK yang ditulis dengan menggunakan bahasa pengaturcaraan Python merupakan salah satu di antara desktop blogging client untuk Ubuntu. Namun begitu, sudah semestinya BloGTK tidak dapat menandingi kehebatan BlogDesk.

Seterusnya...