Theme Gnome Menarik Untuk Ubuntu 9.04 Jaunty Jackalope

Semasa sedang sibuk melayari Internet dengan Ubuntu 9.04 – Jaunty Jackalope, tiba-tiba terasa bosan dengan Default theme yang sedang digunakan. Jadi, bermulalah sesi mencari theme-theme yang menarik untuk digunakan pada Ubuntu 9.04.

Dalam asyik mencari itu, terjumpa sebuah website yang menyediakan beberapa theme yang menarik dan cantik. Theme-theme ini disediakan oleh François Vogelweith dari Bisigi Project Team. Di antara kelebihan theme ini adalah, ianya boleh dipasang dengan hanya menaip command dalam Terminal sahaja.

Berikut merupakan theme-theme yang boleh anda pilih,

Showtime Balanzan
Infinity Wild-Shine

Seterusnya…

Setup P1 Wimax dengan Ubuntu

Saya kini tidak lagi menggunakan Celcom Broadband kerana servis Celcom Broadband di tempat saya sangat menghampakan. Namun apabila P1 Wimax tiba di kawasan saya, segera saya mendaftar bagi melihat prestasi dan kelajuan internet yang saya akan dapat.

p1wimax-01
Modem P1 Wimax yang baru, DV-230. – BlogAku.Net

Pakej yang diambil adalah Home – Plus yang berharga RM99 sebulan dengan bandwidth limit sebanyak 20GB. Setelah selesai memasang modem yang diberikan, saya cuba connect ke internet dengan menggunakan P1 Wimax dari Ubuntu. Malangnya, tiada langsung connection ke internet yang diperolehi.

Rupa-rupanya, saya kena edit sebuah file bagi membolehkan Ubuntu request IP address daripada modem P1 Wimax secara automatik.

Seterusnya…