Bagi kepada mereka yang gemar membaca artikel-artikel atau buku-buku mengenai Ubuntu, anda kini boleh memuat turun secara percuma buku Ubuntu Pocket Guide and Reference. Buku ini bernilai $9.94USD tetapi anda boleh memperoleh salinan PDF-nya secara percuma.

Buku Ubuntu Pocket Guide and Reference ini ditulis oleh Keir Thomas. Ianya meliputi,
Seterusnya…
Pada hari ini, saya dikejutkan dengan sebuah bungkusan yang diterima melalui Pos Ekspress Malaysia. Memang jarang-jarang sekali saya menerima bungkusan seperti ini. Di muka hadapan bungkusan itu, tertera nama penuh saya bersama-sama dengan alamat yang lengkap sekali. Saya pun membukanya.

Itu dia! Saya telah menerima Kit Ubuntu yang dihantarkan oleh saudara Fahmi dari JomLinux.com. Dari luaran, ianya tampak menarik. Lagi-lagi ia dihiasi dengan kulit DVD yang sangat cantik.
Seterusnya…
Sudah 3 bulan Ubuntu melancarkan versinya yang terbaru iaitu versi 8.10, Intrepid Ibex. Walaupun versi ini bukanlah versi LTS (Long Term Support), tetapi bagi pengguna Ubuntu tegar sudah pasti akan menaiktaraf sistem Ubuntu mereka sejurus sahaja versi baru keluar.
Disebabkan kelajuan Internet di rumah saya tidak laju dan stabil, saya tidak dapat menaiktaraf sistem Ubuntu saya secara online. Jadi, saya terpaksa menggunakan Alternate CD bagi membolehkan saya merasai kehebatan Ubuntu 8.10.
Bagi menaiktaraf Ubuntu dengan menggunakan Alternate CD, apa yang anda perlu lakukan adalah, memuat turun fail .iso Intrepid Ibex Alternate CD di sini. Setelah itu, anda perlu mount fail .iso tersebut ke sistem anda.
Seterusnya…